Pages

Thursday, April 30

Resepi Mudah Ikan Jaket Bakar Udang Kering

Salam ...

Nak share resepi mudah ikan bakar udang kering. Mudah sangat, tumbuk-tumbuk aje bahannya.

 Bila letak je bahan tumbuk, bau semerbak satu rumah :)

Ikan jaket dipotong dua macam gambar, digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit ...

Bahan-Bahan (Tumbuk);

- 2 Batang Cili
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 Biji Bawang Kecil
- 1 Biji Bawang Besar
- Sedikit Udang Kering
- Sedikit Garam
 Bahan-bahan simple untuk resepi ikan bakar udang kering.

Cara-Cara ;

1. Masukkan semua bahan dalam lesung dan tumbuk separa lumat.
2. Bakar dulu ikan sebelahnya sehingga garing kemudian terbalikkan.
3. Letakkan bahan tumbuk di atas ikan, bakar sebelah lagi sehingga garing.
4. Terbalikkan semula untuk menggaringkan bahan tumbuk pula.

Bila dah garing, beginilah rupanya. Tak cantik tapi sedap ;)~

Sedap dimakan bersama air asam atau kicap cili. Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)