Pages

Wednesday, August 12

Resepi Mee Udon Sup Soya Ayam dan Tofu Lembut

Salam ...

Sape kat sini suka mee udon? Jom masak mee udon sendiri la. Kat restoran kan mahal :p
resepi cara masak mee udon mi
resepi mudah dan cara masak mee udon mi udon sup soya ayam dan tofu lembut sedap
 Mee udon dengan sup soya ayam. Nyum nyum~
resepi cara masak mee udon mi
Ni bukanlah resepi original dari jepun kay. Cara masak tiru style Chinese nya mee sup soya. Ok, jom tengok bahan-bahannya. Resepi ni untuk sorang makan kay.
resepi cara masak mee udon mi
Bahan-Bahan;
resepi cara masak mee udon mi
- 1 Pack Fresh Udon (100g)
- 1 Pack Tofu Lembut.
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- Sehiris Halia
- 1 Sudu Besar Minyak Masak
- 1 Biji Telur
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Serbuk Sup
- Sedikit Potongan Ayam
- Sedikit Daun Sup
- Air Secukupnya.
- Bawang Goreng.
resepi cara masak mee udon mi
Cara-Cara;
resepi cara masak mee udon mi
1. Ambil setengah pack tofu lembut dan blend bersama sedikit air, sehingga menjadi seperti soya.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, mee udon dan air soya kedalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Pecahkan telur dalam periuk dan didihkan hingga telur masak. Jangan dikacau.
5. Masukkan garam, serbuk sup dan daun sup kedalam periuk. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan bersama tofu lembut dan bawang goreng.
resepi cara masak mee udon mi
resepi mudah dan cara masak mee udon mi udon sup soya ayam dan tofu lembut sedap
Dekat pasaraya dah banyak jual fresh udon yang ada tanda halal, boleh la cuba :)
resepi cara masak mee udon mi
resepi mudah dan cara masak mee udon mi udon sup soya ayam dan tofu lembut sedap
Masak kesemuanya sehingga mendidih macam ni.
resepi cara masak mee udon mi
resepi mudah dan cara masak mee udon mi udon sup soya ayam dan tofu lembut sedap
Zoom sikit. Mee udon ni macam laksa je sekali pandang, tapi rasanya tak sama :)~
resepi cara masak mee udon mi
Boleh juga ditambah apa-apa sayur yang ada jika suka. Nak tambah bebola dan fish cake pun sedap juga. Selamat Mencuba!
resepi cara masak mee udon mi
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi cara masak mee udon mi

18 comments:

  1. X pernah lg makan mee udon, boleh cuba buat untuk anak2 nanti..

    ReplyDelete
  2. Belum pernah try.... Nampak cam sedap.. SS ske kalu ada tauhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sedap. hehe ... sebab tekstur mee udon lain sikit, tu yang jadi sedap tu :)

      Delete
  3. 1st time dgr mee udon ni.

    Macam laksa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee udon mee jepun ... bentuk je macam laksa ... rasa dia tak sama pun :)

      Delete
  4. Replies
    1. betul tu, boleh kurus kalau makan ni aje ... tapi sy add on, nasi still ambil juga :p

      Delete
  5. salam singgah petang sis....mee udon baru dengar nama ni sis...nampak sedap jak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... sedap juga mee udon ni, lain rasanya dari mee kuning yang biasa kita makan tu :)

      Delete
  6. owh , mudah je buatnya . mesti ada tofu dgn mee udon je . insha Allah ingat resepi ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... mudah je, sama macam mee sup kita selalu makan, just gantikan dengan mee udon dan tambah tofu :)

      Delete
  7. xpernah makan lg tp nampak macam laksa la. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang nampak macam laksa ... tapi rasa memang lain :)

      Delete
  8. pernah makan mee udon ni...tapi bukan masak sup...mee udon goreng...nampak je mcm laksa tetapi rasanya lain...JM mkn x habis....x kena ngan selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee goreng versi jepun ke? ... kalau mee goreng basah malaysia nyer, sedap ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)