Pages

Thursday, September 17

Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama

Salam ...

Tetiba terasa nak bercerita pengalaman bersalin anak pertama. Bersalin anak pertama memang nightmare la, sampai sekarang still teringat-ingat lagi. Entry agak panjang kali ni sebab nak share experience dengan bakal ibu-ibu muda :)
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Pengalaman bersalin normal. Pengalaman bersalinkan my first baby
My first baby - Jan 2008
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Bila mengandung anak pertama excited terlebih. Start check up dari kandungan tiga minggu. Siap pergi degar pregnancy talk di private hospital. Asyik la mengoogle pengalaman bersalin orang lain. Kandungan BW time tu disahkan normal. Bila baca pengalaman orang lain, ramai yang disahkan normal, tapi last minute kena juga operation disebabkan komplikasi, so BW ada rasa risau la.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Tiga bulan sebelum due, dah survey hospital, nak cari yang sesuai dengan budget sebab time tu kami dalam proses beli rumah. Time survey tu memang tanya sekali la kos operation in case kalau jadi apa-apa kan. Tapi semuanya RM5000+, memang lari budget. So, BW pun decide nak bersalin di Hospital Putrajaya, sebab dah survey operation around RM1000 sahaja. Epidural juga ada disediakan untuk yang bersalin normal. Time tu kami menyewa di Kota Damansara. Jauh kan nak ke Putrajaya ;) 
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Time pregnant tu my kakak dah pesan kalau sakit macam senggugut setiap 5 minit, terus pergi hospital. Nasib baik dia pesan. On that day, bangun subuh dah ada rasa senggugut sikit. Tapi still bersiap nak pergi kerja. Lepas tu makin sakit, dan sakit tu setiap 10 minit. Then makin sakit setiap 5 minit pula. Dalam pukul 8.00 pagi kami terus ke Hospital Putrajaya tanpa bawa beg yang dah lama disediakan, cuak punya pasal. Bila tiba di Hospital Putrajaya, tunggu turn, check up itu ini, dalam 12.00 tengah hari baru masuk wad. Time tu memang sakit senggugut setiap 5 minit la, tapi bukaan masih kecil lagi, so tak boleh masuk labor room lagi.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Bila dah masuk wad, encik suami cakap nak ambil beg bersalin yang tertinggal. Time tu BW pilih bilik sorang tau, cuak juga duduk sorang time sakit. My kakak pun datang melawat sekejap je time dia rehat. Dalam pukul 2.00 petang tu senggugut yang teramat-amat sakitnya datang, tapi encik suami tak sampai-sampai lagi. Bila dah 3.00 lebih tak tahan, call encik suami dia kata dia pergi office sekejap handover kerja dia. Walaupun BW paham situasi encik suami yang masih contract basis, tapi time tu still rasa macam nak nangis. Dah la sorang aje pilih bilik single lak tu. Nurse memang jarang sangat la datang check bilik single. Dalam pukul 5.00 petang macam tu, panggil nurse nak tukar bilik yang ada empat orang.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Bila dah masuk bilik yang ada empat orang barulah hilang rasa takut. Tapi rasa sakit yang teramat sangat masih ada la. BW tak bertegur sapa pun dengan katil sebelah, just merengkot kesakitan. Encik suami pun datang time waktu melawat dah nak habis. Nak minta tolong urut pun tak sempat dah. Nak mengadu sakit pun sekejap sangat. Bila dah masuk bilik empat orang, of course la encik suami tak boleh teman. Terpaksalah mengerang kesakitan sorang-sorang.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Sepanjang pagi sampai petang, tiga kali check bukaan. Tapi bukaan belum besar lagi, so still belum boleh masuk labor room. Setiap kali lepas check bukaan, sakit makin bertambah-tambah. 
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Time maghrib, sakit melampau lampau, akhirnya menagis sorang-sorang. Then panggil nurse nak minta epidural. Time tu nurse cakap, epidural ada office hour sahaja. Memang nangis la. Bila minta ubat tahan sakit yang lain, nurse terangkan keburukan setiap ubat tahan sakit terhadap baby, so BW tak jadi ambil sebarang ubat tahan sakit. Sekarang ni bila baca macam-macam cerita pasal kesan ubat tahan sakit pada baby, terasa beruntung sebab pergi hospital government. Kalau hospital private, dia akan bagi apa sahaja yang kita request, boleh lah masuk dalam bil :p
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Ok sambung balik. Sakit yang melampau-lampau tahap tak boleh nak cakap tu lebih dari 12 jam okay. Time tu just mengerang kesakitan ajer. Tiba-tiba dengar suara beberapa orang nurse datang dengan katil moveable untuk angkat BW masuk labor room. Bila dia angkat je, BW nampak penuh darah atas katil. Ya Allah, sakit melampau sampai tak mampu nak panggil nurse tau.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Masuk labor room dalam pukul 2.00 pagi. Time tu call encik suami ajak masuk labor room. Doktor pecahkan air ketuban. Bila air ketuban dah pecah, sakit yang memang dah sakit tu, rasa sakit jadi dua kali ganda. Rasa macam nak mati. Sampai encik suami yang kesian kat sebelah ni, suruh BW mengucap. Bukan diri kita je rasa sakit nak mati, orang kat sebelah pun nampak tau kita ni sakit macam nak mati :p
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Dalam labour room ni ada ubat tahan sakit yang boleh kita sedut. Bila sedut kita akan rasa mengantuk. Time minta epidural tu, nurse tu dah terangkan, dalam labour room nanti jangan sedut ubat tahan sakit tu berlebihan, nanti baby keluar tak menangis. Tapi disebabkan sakit yang teramat sangat sangat sangat, BW sedut dan sedut sampai mamai, memang banyak kali lah sedut. Bila dah tiba masa meneran, nurse siap warning jangan sedut dah.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Setelah sejam dalam labour room, setelah menggigil kaki sebab kesejukan dan kena kangkang, dalam pukul 3.00 pagi macam tu, akhirnya keluarlah baby pertama kami. Ya Allah rasa bersyukur sangat, happy sangat. Rasa lega pun ada, sebab bila baby keluar hilang semua sakit. Baby pertama kami lahir dengan berat 3.06kg. Lahir awal 10 hari dari due date. Aqila nama diberi :)
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Betul kata nurse, baby yang keluar tak menangis langsung, kesan dari sedut ubat tahan sakit yang berlebihan. Cuak juga la bila tengok baby tak menangis waktu mula-mula keluar tu. Nurse terpaksa masukkan tiub sedut lendir, Alhamdulillah, barulah dengar suara baby menangis.
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Bila encik suami dah selesai iqamatkan baby, dia disuruh tunggu diluar labor room. Time tu baby dimandikan. Dan nurse pun mula jahit luka dibawah. Akibat sakit yang teramat sangat selama lebih dari 12 jam tu, BW tak rasa sakit pun time nurse jahit tau. Ye lah, sakit jahit tu tak setanding pun dengan sakit sebelum tu :)
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Walaupun sudah tujuh tahun berlalu, tapi setiap details yang terjadi sepanjang masa nak menunggu baby keluar, memang tersemat dalam ingatan BW. Pengalaman bersalin anak pertama adalah pengalaman yang paling menyakitkan ;)
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
So, untuk bakal ibu-ibu muda, pastikan beg bersalin letak dalam bonet kereta yer, nanti time cuak lupa nak ambil. Pastikan korang dah survey hospital yang korang pilih. Especially kalau government hospital, bukan semua hospital benarkan suami masuk labor room tau. Kalau private hospital pula, pastikan simpanan korang tu cukup untuk cover operation cost kay walaupun disahkan kandungan normal, just be prepared. 
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Lilypie Kids Birthday tickers
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Pengalaman Bersalin Normal Anak Pertama

24 comments:

  1. Seriau baca.. Mummy lak terasa macam bersalin sekali lg... Huaaa sakit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu sebelum ada pengalaman bersalin, baca orang lain punya pengalaman, rasa takut biasa-biasa je la ... sekarang ni kalau baca pengalaman orang lain pun rasa seriau, memang teringat-ingat bersalin anak pertama :)

      Delete
    2. kannn... waktu anak pertama la pengalaman yg paling mendebarkan , menakutkan la , mcm2 la , almaklum la 1st time. Bila dh deliver confirm cakap xnak bersalin dah.. tapi bila anak dh besaq, comey, bijak dll , apalagi tambah lagi sorang, hbs lupa segala rasa sakit bersalin waktu dulu2 tu ...hehehehe

      Delete
    3. betul tu, bila nak tambah lagi lupa segala sakit, memang tak serik kan ... tapi kita berbeza pendapat tentang anak besar, for me anak besar dah kurang comel, tu pasal nak buat baby baru, haha :p

      Delete
  2. perkongsian yang bermanfaat.. rasa takut pula sebab takde pengalaman tu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum kawin, rasa takut bila dengar ... nanti dah kawin dan ngandung, takut sampai tak lena tidur ... bila dah bersalin rasa seriau, serik pun ada ... tapi bersalin lagi :)

      Delete
  3. Replies
    1. sama-sama ... will read your tips bersalin mudah tu nanti :)

      Delete
  4. Seramnya kisah orang nak bersalin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isteri brother hanafi pun mesti cerita pasal bersalin berkali-kali kan time pantang :)

      Delete
  5. Wlpn dh sthn usia my bby, kngan msa bersalin segar dlm ingatan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang segar dalam ingatan sampai bila-bila tau :)

      Delete
  6. masing-masing mesti ada pengalaman yg xdpt dilupakan..sungguh besar jasa pengorbanan seorang ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ayu ... masing-masing dengan pengalaman berbeza, yang penting memang tak boleh dilupakan :)

      Delete
  7. masing-masing mesti ada pengalaman yg xdpt dilupakan..sungguh besar jasa pengorbanan seorang ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ayu ... masing-masing dengan pengalaman berbeza, yang penting memang tak boleh dilupakan :)

      Delete
  8. Tgh mnunggu detik.hehe.lebih kurg 3 bulan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya dah bersalin lah sekarang ni yer? congrats :)

      Delete
  9. Replies
    1. betul tu, bila dengar baby menangis dan dapat peluk dia, rasa hilang semua sakit kan :)

      Delete
  10. bile teringat kenangan bersalin rase mcam dh serik nk mengandung lg..tp bile tgk anak hilang semua sakit hehe.. skrg pn sy bru lepas pantang..pengalaman baru pulak baby premature. alhamdulillah Allah bg peluang rase pengalaman baru. ape pun moga anak2 kite jadi anak yg soleh dan solehah insyaAllah

    jemput ke blog sy :)
    https://ninafarhanawm.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah nina farhana dah jadi ibu ... alhamdulillah baby selamat, walaupun premature ... kena bagi lebih perhatian lah kan.

      rasa macam dah serik kan? tapi bila baby dah besar nanti mesti teringin nak baby lagi :)

      Delete
  11. Pengalaman bersalin pertama memang tak boleh lupa.. 🙂

    *follow my stories pulak.. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, memang tak boleh lupa ... once free will follow your stories kay :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)