Pages

Friday, September 18

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Pari

Salam ...

Sape kat sini suka makan asam pedas? Orang belah selatan je biasanya suka, orang belah utara dan pantai timur kureng gemar asam pedas ni kan? ;)
asam pedas pari johor melaka sedap
Asam pedas ikan pari :)~
asam pedas pari johor melaka sedap
Asam pedas ni lain tempat lain sikit kekdah masaknya. Asam pedas melaka, kuah pekat, menggunakan cili blend yang banyak dan ditambah belacan. Asam pedas johor, kuah tak cair dan tak pekat, sedang-sedang ajer dan tanpa belacan. Asam pedas johor dan melaka biasanya ditambah daun kesom dan bunga kantan. Asam pedas nyonya pula, kuahnya agak masam, ditambah lebih air asam dan daun limau. Manakala, asam pedas acheh pula, kepekatan sama dengan asam pedas johor cuma bunga kesom digantikan dengan daun kari. Asam pedas selangor pula, kuahnya cair ajer.
asam pedas pari johor melaka sedap
Asam pedas yang paling digemari BW of course la asam pedas johor sebab BW kan anak johor. Tapi sebab dari kecil dibesarkan dengan asam pedas, semua jenis asam pedas pun, sedap pada my tekak :) Asam pedas pilihan encik suami pula, asam pedas yang kuahnya cair dan dimasak menggunakan daun kari, kiranya kombinasi asam pedas selangor dengan acheh la ni. Dah dia orang utara, mestilah dia suka yang letak daun kari :)
asam pedas pari johor melaka sedap
Last sekali masukkan bendi dan masak sehingga bendi sedikit lembut.
asam pedas pari johor melaka sedap
 Bahan-Bahan;
asam pedas pari johor melaka sedap
- 1/2 Ekor Ikan Pari (Dipotong)
- 3 Senduk Cili Bawang Blend
- 3 Cawan Air
- Sedikit Air Asam
- Garam Secukupnya
- 10 Biji Bendi
- 1 Senduk Minyak Masak
asam pedas pari johor melaka sedap
Bahan Tambahan;
asam pedas pari johor melaka sedap
- 1 Batang Serai Diketuk (Optional)
- 1 Biji Bunga Kantan Dibelah Dua (Optional)
- Seikat Daun Kesum [atau]
- Sedikit Daun Kari [atau]
- Sedikit Daun Limau

Resepi mudah asam pedas pari best. Cara masak asam pedas pari sedap. Asam pedas johor sedap. Asam pedas melaka sedap.  Asam pedas best
Yang ini pula asam pedas pari kuah pekat dengan bunga kantan.

Serai dimasukkan dalam asam pedas dengan tujuan nak hilangkan hanyir, tak masukkan pun tak apa. Daun kantan pula untuk mewangikan dan menyedapkan kuah. Kalau kat kampung ni mesti letak la, sebab bunga kantan belakang rumah aje ;) Manakala daun kesom, daun kari, daun limau, boleh pilih salah satu aje kay, jangan masukkan semua pula :p
asam pedas pari johor melaka sedap
Cara-Cara;
asam pedas pari johor melaka sedap
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili bawang blend.
2. Tumis sehingga cili naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan air dan air asam masak hingga mendidih.
4. Masukkan serai, bunga kantan dan daun kesom / kari / limau.
5. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga betul-betul mendidih dan masukkan bendi.
7. Masak hingga bendi sedikit lembut dan tutup api.
asam pedas pari johor melaka sedap
Ikan pari memang my feveret la :)~
asam pedas pari johor melaka sedap
Selamat Mencuba!
asam pedas pari johor melaka sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
asam pedas pari johor melaka sedap

29 comments:

  1. saya suka saya suka:)
    akak peminat asam pedas...org muo
    org utahaga memang tak minat asam pedas hiskssss

    ReplyDelete
  2. perghh..macam sedapnya nie..confirm sedap tu

    ReplyDelete
  3. sedap asam pedas tu.. lagi pedas lagi sedap..

    ReplyDelete
  4. suka asam pedas cume xleh makan ikan pari.. kena tukar ikan yg lain

    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan pari gatal sikit untuk yang alahan kan ... ikan apa pun ok kan :)

      Delete
  5. asam pedas kari ni , org melaka suka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups orang melaka suka ... tapi kami yang johor ni pun suka juga, suka semua asam pedas :)

      Delete
  6. Argghhhhv lapar... sedap nya weih...

    ReplyDelete
  7. Sis BW

    jom gv support ... jawab soklan2 cepu cemas saya :http://hnr318.blogspot.my/2015/09/jom-berkenalan.html?m=1

    Tolong pomot skali if baik hati ...
    I really hope it can reach many heart of readers for the medicine awareness...

    Jazakallahu khayr ... tengs in advance ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok will visit you ... will support nanti kay :)

      Delete
  8. Baru nk ty... bw mmg suka masak dlm periuk nasik ke. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe perasan pun huda. periuk nasi tu dah rosak, dah beli yang lain, so periuk dalam tu guna buat masak, best tak melekat :)

      Delete
  9. sedapnya asam pedas ni sis...diana dan hubby suka makan masakan asam pedas ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap asam pedas kan ... kalau suami isteri belah selatan memang boleh sangat masak asam pedas selalu :)

      Delete
  10. asam pedas i my feveret JM...pedas n masak x letak belacan..daun kesum dan bunya kantas mesti wajib letak....baru umphh...cuma x letak daun kari dna daun limau...asam pedas ikan pari i marveles...cara masak kita sama cuma mesti rasa je berbeza..air tangan kan x sama pasti Zie Has nye rasa lagi mantop heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas letak belacan melaka style ... lain tangan lain rasanya, lain juga tekaknya. belum tentu lagi JM suka my asam pedas. hehe :)

      yang pasti asam pedas paling sedap of course la yang letak daun kesom dan bunga kantan kan. lagi-lagi kalau masak guna claypot, perghhh :)

      Delete
  11. Sy org kelantan tp saaaannggggaaat suka asam pedas. Jarang mkn nasi tp kalau ada asam pedas kat kantin akan mkn nasi tanpa mempedulikan diet..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang sangat orang kelantan suka asam pedas ... ni mesti dah lama duduk negeri orang yer, dah suka makanan pedas :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)