Pages

Wednesday, September 9

Resepi Mudah Nasi Tomato Menggunakan Sos Sahaja

Salam ...

Korang tau tak, nasi tomato tu boleh masak guna sos tomato dan sos cili aje? Kita kan nak masak untuk 2-3 orang makan je, takyah susah-susah beli tomato puree satu tin. Tomato puree tu pun guna beberapa sudu aje, nanti baki tomato puree tu berkulat bila lama tak digunakan. Guna sos lebih mudah :)
Resepi dan cara masak nasi tomato
Nasi tomato dengan ayam hitam madu
Nasi Tomato dengan ayam hitam madu. Nyum~ ;)
Resepi dan cara masak nasi tomato
Untuk resepi ni korang boleh guna sos tomato atau sos cili atau campuran sos tomato dan sos cili. Paling sedap tentulah sos tomato, dah nama pun nasi tomato. Tapi kalau ada sos cili aje kat rumah, guna ajer, not bad juga rasanya. Simple kan? So boleh masak selalu, semua bahan ada aje kat rumah kan ;)
Resepi dan cara masak nasi tomato
Nasi tomato masak guna sos tomato aje
Ni lah nasi tomato simple yang dimasak guna sos aje ;)
Resepi dan cara masak nasi tomato
Bahan-Bahan;
Resepi dan cara masak nasi tomato
- 2 Cawan Beras (Dicuci & Tos)
- 31/2 Cawan Air
- 5 Sudu Besar Sos Tomato atau
  3 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Rempah Soto Mak Siti
- 2 Sudu Minyak Masak
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Ulas Bawang Kecil (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Sedikit Rempah Empat Sekawan
- Garam Secukup Rasa
- 2 Helai Daun Pandan
Resepi dan cara masak nasi tomato
Cara-Cara;
Resepi dan cara masak nasi tomato
1. Masukkan beras dan air kedalam rice cooker.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang putih,
bawang kecil, halia dan rempat empat sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bahan tumisan dan rempah soto kedalam rice cooker.
4. Masukkan sos tomato / cili serta garam kedalam rice cooker.
5. Daun pandan dibasuh bersih, ikat dan masukkan kedalam rice cooker.
6. Kacau sebati dan on rice cooker. Biar hingga masak.
Resepi dan cara masak nasi tomato
Nasi tomato sedap dan simple
Sedap dimakan dengan acar timun. Makan dengan salad pun ok juga kalau malas buat acar ;)
Ditambah dengan capsicum dan red radish, sihat sikitlah kan.
Resepi dan cara masak nasi tomato
Mudahkan? Selamat Mencuba!
Resepi dan cara masak nasi tomato
Korang juga boleh cuba nasi-nasi yang lain, nasi lemak, nasi ayam, nasi beriani, nasi serai semuanya simple-simple ajer, Klik Sini kay ;)
Resepi dan cara masak nasi tomato
Thanks For Viewing! By : BW (Buat Wanita)
Resepi dan cara masak nasi tomato

18 comments:

  1. Simple je kan.. Blh masak hari2 macam ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple kan boleh masak selalu ... kalau nak masak hari-hari pastikan badan jenis slim sentiasa ;)

      Delete
  2. Betul tu setuju. Guna aje apa yang ada kat dapur tu ngeh! ngeh! ngeh!..

    ReplyDelete
  3. memang sangat mudah dan bahan masakan simple

    sesuai untuk orang bujang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... resepi mudah sesuai untuk orang bujang :)

      Delete
  4. mudah cuma warna je kurang ummph kan...psst..resipi ayam hitam madu tu ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak tomato puree warna memang mengancam la kan ... resepi ayam tu belum share lagi, malas menaip panjang-panjang :p

      Delete
  5. rempah 4 sekawan tu ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rempah empat sekawan tu: kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)