Menu ringkas untuk hari ini, nasi goreng pucuk paku. Sebelum ni pernah share nasi goreng ulam daun kesom, Klik Sini. Kali ni nasi goreng pucuk paku pula :)
nasi goreng pucuk paku sedap
Nasi goreng pucuk paku :) |
Sama ajer dengan nasi goreng yang lain pun, cuma masukkan pucuk paku ajer. Boleh buat nasi goreng versi putih ke, merah lada ke, kicap ke semua pun boleh, just tambah pucuk paku. Cuma pucuk paku tu ambil bahagian daun sahaja, batang jangan diambil walau sikit pun, takut pahit.
nasi goreng pucuk paku sedap
Untuk adik-adik yang baru nak belajar masak nasi goreng tu boleh follow bahan-bahan dan cara masak dibawah ni yer. Lebihkan cili kalau korang suka pedas ;)
nasi goreng pucuk paku sedap
Bahan-Bahan;
nasi goreng pucuk paku sedap
- Sebekas Nasi Putih Sejuk
- Sebekas Pucuk Paku
- Sedikit Isi Ayam/ Sosej
- 3 Biji Telur (Goreng Hancur)
- 3 Sudu Minyak Masak
- 3 Biji Bawang Kecil (Ditumbuk)
- 3 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
- 1 Tangkai Cili Hijau (Ditumbuk)
- 1/2 Biji Bawang Besar (Ditumbuk)
- Sedikit Ikan Bilis (Ditumbuk)
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Air
nasi goreng pucuk paku sedap
Cara-Cara;
nasi goreng pucuk paku sedap
1. Pucuk paku dipilih daunnya sahaja dan dibersihkan.
2. Goreng telur sehingga menjadi telur hancur dan ketepikan.
3. Tumbuk semua bawang, cili hijau dan ikan bilis separa hancur.
4. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.
5. Tumis bahan tumbuk tu sehingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan pucuk paku, sedikit air dan masak hingga layu.
7. Masukkan sosej, nasi dan telur hancur yang digoreng tadi.
8. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati semuanya.
9. Kaup balik dan kacau rata beberapa minit dan tutup api.
nasi goreng pucuk paku sedap
Masak pucuk paku hingga layu sebelum masukkan nasi. |
Masukkan semua bahan dan goreng hingga sebati. |
Anak- anak yang tak makan sayur pucuk paku pun boleh makan nasi goreng pucuk paku ni. Sebab pucuk paku ni tidak mengganggu rasa nasi goreng. Diorang makan ajer sekali dengan pucuk paku tu macam makan sawi :)
nasi goreng pucuk paku sedap
Selamat Mencuba!
nasi goreng pucuk paku sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
nasi goreng pucuk paku sedap
wah sedapnye, nyum..nyum
ReplyDeletejemput tengok suhailah :)
DeleteSalam singgah sabtu sis...wahh...sedapnya nasi goreng pucuk paku ni sis...
ReplyDeletesalam diana ... menu ringkas untuk kali ni :)
DeleteRingkas, tapi sedap.. ;)
Deletejemput tengok aiza :)
DeletePucuk paku susah nak dpt ditempat SS... Tapi pucuk paku tu laa peberet SS...
ReplyDeletememang susah nak jumpa pucuk paku ni ... kena cari kat pasar malam :)
Deletemummy pun suka pucuk paku ni..selalu masak lomak cili padi je.. tapi tulahh susah nak jumpa.. kat Pasar Malam kadang2 je ada..
Deletebetul tu mummy, kadang-kadang jer ada kat pasar, ada musim agaknya ... pucuk paku masak lemak memang terbaik :)~
DeleteKat tempat SS pucuk x de.. Paku je byk... Kat kedai hardware... Keh keh keh...
Deletenasi goreng paku pun boleh ... bagi pontianak. hehe :p
DeleteNasi Goreng Pucuk Paku..perghhh memang menarik! terbaekk...
ReplyDeleteuntuk penggemar pucuk paku ... buat nasi goreng pun sodap :)
DeleteMemang kreatif zie has..
Deletesaya jenis masak apa yang ada dalam fridge :)
Deletebyk nyer guna daun kesom
ReplyDeleteerk ... hahaha baru perasan ... nak tulis sebekas pucuk paku tertulis daun kesom lak ... nasib baik anies komen kan ;)
Deletesedap pulak tgk nasi goreng pucuk paku ni biasa pucuk paku tu buat masak lemak aau kerabu je
ReplyDeletekannn ... memang biasa pucuk paku buat masak lemak atau goreng belacan ajer :)
DeleteSedapnya.. Tak pernah lagi cuba pucuk paku dalam nasi goreng.. Boleh cuba buat juga nanti..
ReplyDeletecubalah la nanti aiza ... sesuai sangat kalau memang suka pucuk paku :)
Deletewahhh BW memang pandai buat resepi baru. hehehe :P
ReplyDeletenampak sedap tu
masak ikut apa yang ada dalam fridge ... asal boleh ajer :)
Delete