Pages

Thursday, December 17

Resepi Mudah Green Tea Egg Tart Telur Teh Hijau

Salam ...

Resepi tart telur teh hijau untuk hari ini. Tajuk resepi mudah, yang mudah hanyalah bancuhan tart telur teh hijau sahaja. Kulit tart tak ada lah mudah mana pun kalau nak buat :p

Resepi Mudah Green Tea Egg Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Green Tea Egg Tart. Simple Sedap Senang
Tart telur teh hijau.

Untuk adunan inti tart telur ni, sepatutnya guna serbuk matcha green tea barulah kick kan. Tapi BW guna teh hijau thailand mari ajer, Klik Sini. Boleh la, janji teh hijau :)

Adunan intinya pula BW guna sahaja resepi tart telur kastard, Klik Sini. Cuma ditambah teh hijau. Manakala tepung kastard pula, gantikan dengan tepung gandum. Resepi kulit tart pula dari resepi yang BW biasa guna, Klik Sini.

Resepi Mudah Green Tea Egg Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Green Tea Egg Tart. Simple Sedap Senang
Adunan Inti tart telur teh hijau ni cair ajer.
Bahan-Bahan;

- 2 Biji Telur (Gred A)
- 1 Cawan Susu
- 1 Sudu Besar Teh Hijau
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 1 Sudu Besar Tepung Kastard
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Panaskan susu dan rendam teh hijau kemudian tapiskan.
2. Pecahkan telur dan pukul hingga kembang menggunakan sudu.
3. Masukkan susu teh hijau, gula, tepung gandum dan esen vanilla.
4. Kacau semuanya sehingga betul-betul sebati kemudian tapis.
5. Ambil kulit tart yang belum dibakar dan susun didalam loyang.
6. Tuang adunan telur teh hijau didalamnya.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit.

Resepi Mudah Green Tea Egg Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Green Tea Egg Tart. Simple Sedap Senang
Sebelum dan selepas dibakar.

Resepi Mudah Green Tea Egg Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Tart Telur Teh Hijau. Cara Buat Green Tea Egg Tart. Simple Sedap Senang
Kalau ada serbuk matcha green tea lebih cantik warnanya kot :)

Tart BW kali ni mendak kedalam sebab kandungan tepung kurang. Kalau korang nak timbul membukit, kenalah lebihkan tepung. Dari segi rasa pula, tak berapa sangat lah, tart telur yang biasa tu lebih sedap kalau nak dibandingkan.

Maybe sebab guna teh hijau thai kot. Kalau ada serbuk matcha green tea dari jepun tu mesti sedap lah kan. Sebab BW tengok mat salleh suka benor buat kek dan kuih letak serbuk matcha green tea tu. Pastu diorang cakap sedap sangat. Ada sesiapa tahu tak mana nak beli serbuk matcha green tea ala-ala starbucks tu? ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

18 comments:

  1. dh lama benar wak x singgah starbuck ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun .. starbucks mahal, setakat beli nak rasa boleh la kot :p

      Delete
  2. Salam singgah sini Zie....sedapnya...selalu makan yang tart telur jer tart green teh ni belum pernah rasa lagi Zie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru kali ni merasa diana, tu pun guna green tea thai ajer :p

      Delete
  3. 1st time tgk selalu mkn tart telur je

    ReplyDelete
  4. Tart color hijau ni very rare, unik. eringin nk rasa satu..t

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rare kan, saya pun teringin nak rasa, tu yang buat sendiri tu :)

      Delete
  5. green tea egg tart!! xpernah plak merasa..

    ReplyDelete
  6. xpernah mkn lg.. hehehe nampak sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. egg tart biasa lebih sedap nina ... maybe sebab saya guna green tea thailand kot, kalau guna serbuk matcha green tea maybe lebih sedap :)

      Delete
  7. kreatifnya zie has.. nampak menarik warna hijau..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)