Menu simple dan senang untuk hari ini. Sup ayam dimasak dalam periuk tekanan / pressure cooker, tu pasal namanya sup ayam tekanan :p
Sup ayam simple senang. |
Bak kata encik suami, walaupun sekadar sup ayam, bila dimasak dengan pressure cooker rasanya lebih sedap berbanding masak dengan periuk biasa. Ayam memang tersangatlah lembut, sampai sendi-sendi ayam pun lembut :)
Bahan-Bahan;
- 1 Ekor Ayam (Dipotong)
- Rempah Tiga Sekawan
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1/2 Kiub Ayam
- Sehiris Halia
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sedikit Daun Bawang (Dicincang)
- 2 Sudu Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya
Cara-Cara;
1. Tumiskan semua bawang dan rempah tiga sekawan hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya, kiub ayam, halia dan ayam yang telah dipotong.
3. Masak selama 20 minit dengan api sederhana kuat kemudian tutup api.
4. Masukkan garam dan daun bawang, kemudian kacau rata.
Bila dimasak dalam pressure cooker, ayam super lembut :) |
Anak-anak makan banyak kali pun still suka. |
Resepi ni khas untuk adik-adik yang baru nak belajar memasak yer. Ni kalau ada anak kecil, sesuai sangat lah, budak-budak memang suka sangat sup ayam :)
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Masak dgn pressure cooker jimat sikit waktu memasak. Sup ayam sgt bagus utk org yg demam.
ReplyDeletebetul tu sue, jimat masa kan ... selalu tengok drama kalau demam bagi sup ayam, tapi belum pernah cuba lagi bagi anak-anak time diorang demam, pasni nak cubalah :)
Deletetetiba rs cm dah lama x mkn sup ayam esp ayam kampung walllaaaaaaa
ReplyDeleteayam kampung memang wallaaah la :)
Deletesup ayam tekanan ye.. janji tak tertekan dlm perut. haha
ReplyDeleteayam kampung pula tu
hahaha kalau tertekan dalam perut asyik nak membuang jer lah :p
Deleteeh tu ayam ternak jer, bukan ayam kampung pun, tapi bila masak dalam pressure cooker ayam tu jadi sedikit mengecut dan sendi pun tercabut, tu yang nampak macam ayam kampung kot :)
ingatkan ayam tu stress.. hehe..
Deletehahaha ... bahaya makan ayam yang stess :p
Deletenice sharing
ReplyDeletetq :)
Deletesedapnya sup ayam.. dah lama tak buat..
ReplyDeletebila kita dah besar memang jarang makan sup ayam kan :)
Deletesaya guna yg multifunctional pressure cooker... sama boleh guna ke utk resepi ni? hanya tekan preset button "soup" saja?
ReplyDelete