Pages

Thursday, November 21

Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Buat Kek & Biskut?

Salam Semua ...

Hari ni nak berkongsi information pasal lemak, lemak yang sedap :p Kepada penggemar dessert macam BW ni kena la ambil kira kandungan lemak bahan-bahan yang digunakan untuk baking kan :)

Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin mana yang korang akan pilih?




1. Minyak Jagung

Pilihan pertama BW untuk baking adalah minyak jagung. Dua sebab dia jadi pilihan utama, sebab pertama ianya healthy. Sebab kedua, harganya yang affordable :) Minyak jagung paling sedap untuk dibuat kek & biskut brand Daisy. Tapi minyak jagung kalau buat masak atau goreng-goreng kurang sedap yer.

"Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung. Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi, lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit. Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung"


2. Butter

Butter ni memang rasa dia sangat sedap. Dihasilkan dari susu, dalam bahasa melayu di panggil mentega / lepa susu. Butter ni pun healthy choices compare dengan marjerin. Tapi still kategori lemak la, so jangan terlebih ambil yer. Harga butter agak mahal. Kalau setakat nak buat crust bawah cheese cake ataupun makan dengan roti boleh la. Ni kalau asyik buat kek ke biskut ke guna butter memang pokai la :p

"Butter mengandungi vitamin A, D, E & K (vitamin larut lemak). Ianya tidak mengandungi lemak trans. Tetapi butter mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang tinggi kerana ianya produk berasaskan haiwan. Perlu diingat pengambilan lemak tepu berlebihan boleh mengakibatkan sakit jantung"


3. Campuran Butter & Marjerin

Yang BW tau Buttercup la. Ramai yang claim Buttercup ni butter, dulu BW ingat macam tu. Tapi sebenarnya Buttercup ni adalah sejenis marjerin yang dicampur dengan lepa susu. Tapi BW guna juga ni bila time buat biskut raya, sebab ianya akan jadikan biskut sedap dan wangi :p Walaupun dah tahu ianya campuran marjerin, tapi still guna juga sebab dah terbiasa dari dulu buat biskut guna Buttercup.  So, kepada semua peniaga, lepas ni, jangan la claim kek / cookies korang tu 100% butter kalau setakat guna Buttercup. Buttercup tu bukan 100% butter ok!


4. Marjerin.

Kat Malaysia, kebanyakan marjerin dibuat dari minyak kelapa sawit. Memang tak healthy. Walaupun harga nya sangat murah, BW memang tak guna la sebab ada lemak trans. 

"Marjerin ni diperbuat dari minyak sayuran yang diekstrak secara kimia / dihidrogenkan. Tiada vitamin larut ditemui dalam marjerin. Marjerin mengandungi lemak trans. Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu dan ianya memberi kesan buruk terhadap kesihatan jantung. Walaupun kandungan kolesterol dan lemak tepu dalam marjerin rendah kerana ianya produk berasakan tumbuhan, tetapi ianya mengandungi nikel dan toksid kimia yang boleh memudaratkan buah pinggang dan boleh mengakibatkan penyakit kanser paru-paru"

You Choose ;)

Thanks For Viewing. By: BW (Buat Wanita)

32 comments:

  1. Replies
    1. bagus jadikan tips... actually lagi bagus kalau dapat kurangkan minyak-minyak & lelemak ni semua yer tak? tapi buat penggemar dessert memang susah nak kurangkan lelemak bagai :p

      Delete
  2. Idah pun pilih minyak jagung... selain dari faktor kesihatan.. kalau buat kek dia jadi moist jer... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu setuju.. especially kek coklat memang jadi moist :)

      Delete
  3. laaaa...yer ker...
    hehehehe... selalu guna buttercup dan minyak mazola... hehehe...

    thanx BW for de info...

    btw, ngape allignment belog BW cam lari ea? ke lari kat screen saya jer? huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah.. dulu-dulu BW pun slalu guna buttercup. buat kek ke muffin ke semua pun guna buttercup. bila dah tau sebenarnya buttercup tu campuran marjerin, barulah tukar ke minyak jagung. tp buat biskut raya still guna buttercup :p

      alignment lari? tak sure la, BW buka guna firefox ke chrome ke ie ke semua ok je

      Delete
  4. nice share.. tapi pha is masih lagi tak tau beza.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal... kalau lelaki masih tak tau/ kurang tau bab-bab ni ..... tapi kalau terlebih tau sangat tu yg confuse :P

      Delete
    2. kan.. kalau laki x beberapa nk tau, itu normal.. hehehe

      Delete
  5. GUna butter hahaha tapi tak la rajin membaking hari hari. so taklah pokai hehe

    3 Sebab Anak kuat Mengamuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. butter memang terbaik la, wangi dan sedap pula tu ... sekali sekala ok la tak pokai :)

      Delete
  6. kalau guna minyak masak biasa instead of minyak jagung boleh x ? ada beza x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna minyak masak, memang tak sihat lah ... tapi boleh jer nak guna minyak masak dalam adunan kek ... untuk biskut memang tak sesuai lah guna minyak masak sebab tak sedap rasa biskut tu nanti :)

      Delete
  7. sis..klu sy guna mrjerin daisy utk bt kek sedap x..sy bt niaga...nk guna butter...mhal sgt..skrg nk jual mhal pn ssahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. better guna buttercup sis ... murah sikit dari butter dan hasilnya sedap hampir sama macam guna pure butter. yang sedap ni buttercup jenis buku tau, bukan buttercup dalam tin/ baldi tu.

      kadang-kadang pasaraya buat promosi RM3++ satu buku, kena grab banyak-banyak lah time tu :)

      buttercup pun actually marjerin juga, marjerin yang ditambah dengan lemak susu. so lebih sedap lah berbanding marjerin pelangi ke daisy ke.

      Delete
  8. sis..klu sy guna mrjerin daisy utk bt kek sedap x..sy bt niaga...nk guna butter...mhal sgt..skrg nk jual mhal pn ssahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. better guna buttercup sis ... murah sikit dari butter dan hasilnya sedap hampir sama macam guna pure butter. yang sedap ni buttercup jenis buku tau, bukan buttercup dalam tin/ baldi tu.

      kadang-kadang pasaraya buat promosi RM3++ satu buku, kena grab banyak-banyak lah time tu :)

      buttercup pun actually marjerin juga, marjerin yang ditambah dengan lemak susu. so lebih sedap lah berbanding marjerin pelangi ke daisy ke.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Minyak jagung daisy atau buttercup, mana satu pilihan yang lebih sesuai untuk membuat biskut

    ReplyDelete
    Replies
    1. buttercup lebih sedap kalau buat biskut. saya dari kecil, family guna buttercup. buat untuk semua jenis biskut, memang sedap dan wangi.

      tapi makesure guna buttercup buku yang jual dalam fridge tu tau bukan buttercup daam tin, yang dalam tin tu biskut jadi kurang sedap :)

      Delete
  12. Assalamualaikum kalau tukar menggunakn minyak, sukatan untuk buat cake still sama? Or tidak tq.

    ReplyDelete
  13. Kalau minyak yang nama mazola tu tk boleh ye buat kek?

    ReplyDelete
  14. Pilihan sy minyak jagung...kek moist je n sedap slain healthyπŸ˜ŠπŸ‘

    ReplyDelete
  15. Kalau nk buat Pudong roti , tp tkde butter . Boleh ganti dengan apa ya ?

    ReplyDelete
  16. Minyak mazolq blh x nk buat kek batik

    ReplyDelete
  17. Boleh x x guna minyqk mazola buat kek batik. mnyk ade byk lebih.. marjerin x de

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)