Pages

Saturday, November 23

Wanita Malaysia Mejadi Hamba Selama 30 Tahun Di London

Salam ...

Sekadar Hiasan

Semalam BW terkejut bila tengok berita tv9, mengatakan bahawa, rakyat malaysia manjadi hamba di london selama 30 tahun. Hairan bin ajaib betul, macamana boleh jadi hamba sampai 30 tahun di zaman moden, ada telefon & internet bagai. Tadi bila baca Berita Harian, ok baru lah rasa tak berapa hairan sangat sebab wanita tu makcik yang dah berumur 69 tahun. Time mula-mula dia kena tahan pun dia dah berumur jugak  la kan almost 40. Maybe sebab tu kot dia tak berani nak buat laporan. Rasanya kalau wanita muda dah lama dah cabut lari :p

Ape pun BW rasa memang tersangatlah tak patutnya manusia-manusia yang sanggup buat orang lain jadi hamba. Kalau jadi maid bergaji lain la cerita kan, tu dah kira bekerja. Ni hak kebebasan pun disekat. memang tak patut. Huh.

Ni petikan dari Berita Harian;

LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba sepanjang usianya.

Polis Metropolitan London mengumumkan kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa.

Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.

Badan kebajikan itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57 tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober lalu.

Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30 tahun lalu.

“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya.
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.

Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama. Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?

Haylan berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. Replies
    1. kann?? det's y ada pepatah... hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri... :)

      Delete
  2. ada lagi yer hamba ni zaman moden ni..

    ReplyDelete
  3. Moga dia segera pulih dari trauma yang dialami. Senang2 saja nak buat orang sebagai hamba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... tu la kan, suka hati dia je

      Delete
  4. Tak dapat nak bayangkan jadi hamba bertahun-tahun dizaman moden nie...
    Apa pun syukur segalanya telah berakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan... betul tu, sib baik dah berakhir

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)