Pages

Sunday, July 20

Baby Ku Yang Aktif Dalam Kandungan Selamat Dilahirkan

Salam Semua ...

Dah lama BW tak berblogging. So, sebelum bercerita lanjut, BW nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat.


Ni kiranya sambungan entri Baby Ku Dari Songsang ke Melintang. Alhamdulillah, BW selamat melahirkan bayi lelaki pada 9 June lepas. Dulu BW ada cerita pasal doktor inform kebarangkalian cara melahirkan. Akhirnya BW bersalin secara Emergency Caesarian, cara yang BW minta dijauhkan tu :p

Apapun, syukur sangat, walaupun sakit dan takut teramat, semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan BW dan baby.

Mengandung kali ni banyak kali pula kena scan. Anak first dengan second dulu, sekali je scan sepanjang kehamilan. Yang third pun 3 kali kot. Kali ni 9 kali scan tau. Sedikit info untuk simpanan BW dan juga untuk tatapan baby bila besar nanti :)

20w - Songsang (Breech)
21w - Songsang (Breech)
25w - Melintang (Tranverse Lie)
29w - Melintang (Tranverse Lie)
33w - Songsang (Breech)
35w - Songsang (Breech)
36w - Melintang (Tranverse Lie)
37w - Normal
38w - Melintang (Dalam Labor Room), Songsang (Dalam OT Room)

Awal kandungan tu normal la kalau baby songsang ke melintang. Tapi kalau dah 35 minggu ke atas tu perlulah risau yer, tapi jangan memandai urut bidan pula tau, kena jumpa pakar la ;)

Next time BW share pengalaman bersalin secara caesar dan berpantang kay. Skang ni, seronok ngadap baby baru sampai takda masa nak update :p Tq kepada blogger-blogger yang masih sudi singgah blog BW ni walaupun BW dah lama tak blog walking kat blog korang.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. Alhamdulillah...telah selamat melahirkan anak, selamat berpantang

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... selamat sudah... baby boy yang 1st ea?
    minggu lepas dan 2 minggu lepas - teringat kat BW (w/pun tak kenal)... ingat nak tanya... tapi risau pula mengganggu... jadi tunggu BW hapdet...
    alhamdulillah... selamat sudah... tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baby boy 2nd... tq sbb ingat kat BW wpun tak kenal ;) ... alhamdulillah selamat.. . pasni ni insyaAllah tak takut dah nak bersalin caesar lagi :)

      Delete
  3. Alhamdulillah... tahniah BW.. :D

    ReplyDelete
  4. Saya pun baru jer jadi bapak . Nanti isteri dah habis pantang , akan syor blog nie untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah .. mesti excited kan sebab baby first, BW dah anak 4 pun still excited dapat baby baru :)

      Delete
  5. Alhamdulillah...Tahniah2 dapat baby baru. Selamat Berpantang :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)