Pages

Thursday, August 7

Pengalaman Beraya Di Bandar

Salam ...


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin Buat Semua

Entri pendek hari ni nak cerita beraya di bandar. Tahun ni BW dan family beraya kat rumah jer, tak balik kampung pun. Sebabnya, baby baru still kecil lagi leceh la nak balik Johor ke Kedah ke. Lagipun kali ni kan bersalin Caesar, better duduk rumah dulu la yer :p

Betapa bosannya beraya dibandar ni, rasa macam tak raya. Jiran-jiran kebanyakannya balik kampung. Raya pertama beraya kat rumah kakak di presint 14, Putrajaya. Rumah kakak BW lagi la, rumah baru, ada dua rumah je yang ada penghuni. Tak ada nikmat beraya langsung. Dari pagi sampai ke petang, lepak rumah kakak jer.

Raya kedua kami ke One Utama. Hairan sungguh la, penuh manusia, ingatkan dah lengang KL ni sebab orang ramai balik kampung. Rupanya, ramai lagi penghuni tau walaupun raya. Punya la lama kami nak cari parking. BW bayangkan banyak parking kosong ;p

Cuma kat rumah, beza sikit je dari tahun-tahun lepas sebab husband pasang lampu lap lip tu. Pastu bagi anak-anak main bunga api beberapa malam. Bila tanya si kakak, "Best tak raya kat rumah?" dia jawab "Best". Kecik lagi kot, semua pun best. Tapi kalau balik kampung, tak tanya pun dia dah cakap "Best la ibu raya kat kampung, nanti nak raya lagi". Berganda-ganda best agaknya :p

Pasni kena make sure kalau nak pregnant  jangan due time raya atau dekat nak raya. Make sure tak 'termengandung' dah :p Kena plan elok-elok ni. Tak nak dah la beraya kat bandar, sekali ni pun rasa cam dah serik dah :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. hehehehe... last year iols raya kat putrajaya...
    sila lah baca entri ini....

    kelihatan agak looser juga... siap jangka tak ada orang... rilex2 815 pagi lenggang mak minah g masjid nak sembahyang raya... sekali... hamek ko... masjid putra jalan dah ditutup dari MOF... terpaksa ke masjid besi.... nyaris masbuk solat raya tahun lepas... mmg kelakar....
    hahahaha....

    http://hnr318.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya-eidul-fitri.html

    read dis.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... kan.. memang hairan la. masjid kat taman BW pun, husband kata penuh sampai koridor. ingatkan tak ramai :)

      nanti BW usha kay

      Delete
  2. my kakak baru 4 hari bersalin . klu ikut plan kami mmg x balik kg tapi perancangan Allah dah mendahului ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... tahniah dapat anak buah baru ... best la akak vee tu.. sempat puasa penuh :)

      Delete
  3. Hehe...masing-masing balik kampung tu yang tak meriah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ..gini la org kampung .. bila tak dapat beraya kat kampung rasa cam tak raya ... org yg memang asal bandar, ok jer beraya kat bandar tiap-tiap tahun ... :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)