Pages

Wednesday, August 27

Resepi Sup Tulang Lembut Berempah

Resepi untuk 2-3 orang. Sangat simple dan mudah. Kalau nak masak cepat, perlu guna pressure cooker la ;)

Menu feveret husband ku :)

Bahan-Bahan;

- 700g Tulang Lembu
- Rempah 4 Sekawan
- 2 Ulas Bawang Kecil
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 Hiris Halia
- 2 Sudu Besar Rempah Sup
- Air Secukupnya
- Minyak Masak
- Lobak Merah
- Garam
- Daup Sup
- Bawang Goreng

Rempah 4 Sekawan;

- 1 Batang Kayu Manis
- 1 Kuntum Bunga Lawang
- 3 Biji Cengkih
- 3 Biji Buah Pelaga

Cara-Cara;

1. Panaskan Minyak, tumis rempah empat sekawan sehingga wangi
2. Masukkan hirisan bawang kecil, halia dan bawang putih dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan air, rempah sup, potongan lobak merah dan tulang, kacau kesemuanya.
4. Tutup periuk dan biarkan mendidih. Biarkan selama 1 - 2 jam untuk periuk biasa. Kalau guna pressure cooker, hanya tunggu 30-45 minit sahaja.
5. Masukkan garam, hirisan daun sup dan bawang goreng sewaktu sup masih panas.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. nampak macam sup mamak menarik juga keruh... kalau idah pakai sup bunjut jer... sebab tak suka tumis... berminyak... :D huhuhu... jaga badan x bleh makan minyak2 sangat... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, sup bunjut lagi sedap ... betul tu kurangkan minyak, BW pun kalau tumis sukat minyak, jangan lebih sesudu ;)

      Delete
  2. huuu nampak pekat melekat..nyum2 :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)