Pages

Wednesday, August 27

Review Pressure Cooker Best : Brand Butterfly 11 Liter

Salam ...

Hari ni nak review pasal pressure cooker yang husband BW order. Dia orang utara, suka la sangat makan daging dan tulang. So, dia lagi excited dengan pressure cooker ni berbanding BW. BW lebih excited dengan gadget-gadget untuk baking ;)

Pressure cooker ni order dari Lazada.Com.My

Kami order brand Butterfly. Ok la, berkualiti la steel nya, walaupun brandnya bunyi cam 'cap ayam' ;). Sekali tengok memang nampak la material berkualiti, tebal pulak tu. Yang penting murah tau. Capacity 11 liter ni harganya dalam RM120.

Tadaaa! Still berkilat lagi,. Virgin :)

Bila dah start pressure, asap keluar dan berbunyi, baby BW jadi takut tau ;)

Sup Tulang Yang Lembut. Terbaiikk!

Our first attempt, masak sup tulang (Klik Sini >> Resepi Sup Tulang Lembut Berempah). Cepat sangat. Didihkan sup dengan api sederhana kuat sekejap, bila dah berbunyi, slowkan api dan biarkan selama 20 minit. Pastu sejukkan selama 20 minit baru buka penutup. Memang lembut sangat. Husband BW gigit daging tepi-tepi tulang tu sampai licin, lembut katanya. 

Now, dah macam-macam masak dalam ni, rebus ketupat segera pun jadi cepat dan mudah :) Cuma periuk ni tak sesuai untuk masak-masak yang bertumis. Kena tumis kat periuk lain dulu pastu baru masukkan dalam pressure cooker ni. Santan pun tak boleh masuk awal, walaupun masak sekejap, sebab nanti jadi minyak :)

Kalau korang pun berminat boleh usha kat Lazada.Com.My yer. (Promoter tak bergaji :) Murah tau. Kalau kat luar ni memang mahal la.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

31 comments:

  1. ada tengok kat lazada tuari...teringin jugak nak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. promosi tu sepanjang tahun kot, sentiasa ada je selagi stok ada ..kalau suka masak daging, tulang, ketupat segera, laksa bagai memang berbaloi beli ... skejap je dah masak :)

      Delete
  2. orang dulu2 memang suka pakai pressure cooker nie... tapi skarang jarang nmpk orang pakai... ingat masa idah kecik2 dulu... bila dia dah start bunyi ngeri tu... memang tak berani la nak dekat... kekeke... takut dia meletup... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh mak idah guna eh.. BW kat kampung tade sape pernah guna ... skang ni bila sendiri yg guna, wpun dah besar, tak berani dekat gak time berbunyi berasap tu ;)

      Delete
  3. periuk ni mmg best...sangat senang kalau nak rebus tulang...hehe

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    suami sy pun br je beli dr lazada juga..alhamdulillah dh siap pasang handlenya. bila test tutup penutupnya dia jd ketat..mmg cmtu ke keadaannya..xberani lg nk guna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... memang rapat serapatnya. pastikan baca manual yer :)

      nanti bila masak, berbunyi kuat, agak menakutkan. jangan sekali kali buka time panas didih, tunggu sejuk dulu kay. selamat memasak gun pressure cooker :)

      Delete
  5. salam saya baru beli butterfly pressure cooker ni. mcm mana ya nak pasang handle and lock tu? xde dalam manual pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ada la dalam manual tu cara pasang ... kalau tanya saya, saya tak ingat dah, sy beli ni pun tahun lepas. pasang pun follow manual instruction :)

      Delete
  6. masa nk didihkan sup tu..kena tutup ke periuk tu? ke tutup periuk selepas sup mendidih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum on api kena pastikan periuk ditutup ... bila dah off api pun tak boleh buka lagi, biarkan semua stim keluar baru boleh buka penutup.

      kalau tak tutup periuk, jadi macam periuk biasa ajelah, tak ada suhu panas dan steam nak pressure :)

      Delete
  7. Hello, nak tahu guna yang pakai api atau elektrik lebih bagus? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't know lah ... sebab tak pernah guna yang elekrik :)

      Delete
  8. Hello, nak tahu guna yang pakai api atau elektrik lebih bagus? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't know lah ... sebab tak pernah guna yang elekrik :)

      Delete
  9. Hello, aku nak tanya periuk ini made in mana? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure la pula made in mana ... sekarang kotak tu pun dah buang. tak dapat nak jawab.

      Delete
  10. blh tau 11L blh muatkan brpa kg tulang atau daging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pula beli banyak kg tulang tu, so tak sure berapa banyak boleh muat ... 11L ni agak besar boleh masak sup tulang untuk 10 orang :)

      Delete
  11. Hai sis nak tnya mcm mna cara pasang pemegang pressure cooker tu, sya punya tk l tutup mcm ada benda samgkut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ... dekat pemegang tu ada macam button kecil, cuba tekan dan tolak button tu, lepas tu cuba tutup semula. Selamat mencuba :)

      Delete
  12. Mcmn klu nk beli dgn lazada krn ada komen kata lambat dan brg rosak susah nk claim

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah ramai beli dengan lazada ... bila customer ramai, memang nak claim proses lama ... tapi boleh jer claim.

      kalau tak yakin better beli kat kedai, tapi mahal sikit lah :)

      Delete
  13. salam...memang colour periuk bahagian dalam akan berubah ke dalam periuk ni selepas guna?

    ReplyDelete
  14. salam...memang colour periuk bahagian dalam akan berubah ke dalam periuk ni selepas guna?

    ReplyDelete
  15. salam...memang colour periuk bahagian dalam akan berubah ke dalam periuk ni selepas guna?

    ReplyDelete
  16. macamana nak guna periuk ni. 1st time guna ni. mcmana nak hendle yg bersiul tu klu wap dia tu berbunyi kita nak biarkan atau camana

    ReplyDelete
  17. Bila dah siap rebus..kalau nak buka penutupnya..saya selalu angkat letak kat sinki..buka paip siram penutupnya sampai sejuk..kemudian baru buka..kalau buka masa penutup masih panas..dia akan meledakkan isi rebusan tu dari periuk..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)