Wednesday, April 29

Resepi Kuih Onde-Onde / Kuih Gula Melaka

Salam ...

Kalau ramadhan mesti ramai yang suka buat kuih ni. BW pun buat sebab ganti pauasa ;p Ok ni nak share resepi untuk adik-adik yang rajin belajar memasak.

 Kuih onde-onde atau gula melaka yang kenyal, manis dan sedap. Nyum~

Bahan-Bahan;

- 3 Cawan Tepung Pulut
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- Sedikit Garam
- Air Secukupnya
- Sirap (Optional)
- Gula Melaka (Dipotong Dadu)
- Kelapa Putih (Diparut)
 Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan letak gula melaka ditengahnya.

Cara-Cara;

1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam, kacau rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di jejari.
3. Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan letakkan gula melaka ditengahnya.
4. Bulat-bulatkan lagi sehingga menjadi seperti sebiji bola kecil.
5. Masukkan kedalam periuk yang berisi air panas. Masak dengan api sederhana kuat.
6. Biarkan sehingga air mendidih dan kuih timbul dipermukaan air.
7. Angkat guna penapis dan letakkan didalam bekas berisi kepala parut putih.
8. Golek-golekkan kuih diatas kelapa sehingga menjadi seperti dalam gambar.
9. Sesuai dimakan ketika sejuk, kalau panas melecur mulut bila terkena gula melaka cair :)

 Masukkan dalam air panas. Buka api sederhana kuat.

 Bila dah masak, kuih akan timbul macam ni kay.

 Angkat kuih guna penapis, dan letakkan dalam pinggan berisi kelapa putih, golek-golekkan.

Kalau buat banyak, boleh la simpan dalam fridge separuh kay. 

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. Menariknya kuih bw buat. Color pink..biasa org jual color hijau je kan ^^

    ReplyDelete
  2. sedapnya...dulu kecik2 selalu mak buat kuih ni..mmg suka sgt...lg2 bila gula dia cair dlm mulut..da kawen ni jrg mkn,xpernah buat..tgk bw buat rasa nk buat plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dari kecil suka.. sekarang anak pun suka :)

      Delete
  3. eh jarang kaler pink.. selalu hijau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak senang letak sirap aje ...lagipun anak-anak suka pink :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...