Siapa kat sini suka minum air katira angkat tangan :) Ke korang tak pernah dengar pun air katira? :p Air katira ni famous kat johor. Kalau kat tempat lain, jarang sangat boleh jumpa. Kalau ada pun tak sedap macam katira abu bakar yang famous kat jb tu. Kalau ramadhan je mesti mengidam air katira. Jom buat sendiri.
Air Katira Pandan Sedap
Nyum Nyum~. Air katira pandan yang creamy.
Tak hijau sebab tak letak pewarna.
Air Katira Pandan Sedap
Air Katira Pandan Sedap
Bahan-Bahan;
Air Katira Pandan Sedap
- 1 Tin Susu Isian Sejat
- 10 Biji Buah Kembang Semangkuk (Direndam & Dibuang Biji)
- 5 Biji Kurma (Dibuang Biji)
- 1 Sudu Besar Kismis (Membukit)
- 1 Sudu Besar Katira (Direndam Semalam & Dibersihkan)
- 1 Sudu Besar Selasih (Direndam)
- 5 Biji Badam (Disangai & Ditumbuk)
- 10 Helai Daun Pandan (Diblend & Tapis)
- 10 Sudu Besar Gula (Membukit)
Air Katira Pandan Sedap
Cara-Cara;
Air Katira Pandan Sedap
1. Air pandan dimasak hingga mendidih supaya tidak rasa pahit.
2. Semua bahan kecuali selasih dan gula, blend semuanya jadi separa halus.
3. Masukkan bahan blend dan air pandan kedalam jug.
4. Tuangkan susu isian sejat dan masukkan selasih.
5. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan ais dan hidang.
Air Katira Pandan Sedap
Sebahagian dari bahan-bahan. Tak snap semuanya.
Time nak buat kali ni katira dan biji selasih tak ada.
Air katira tapi tak ada katira, pun boleh aje :)
Air Katira Pandan Sedap
Blend semua bahan jadi macam ni ay, hancur dan ada kasar-kasar sedikit.
Air Katira Pandan Sedap
Tuangkan susu isian sejat. 1 tin untuk 1 jug. Yummy~ ;)
Air Katira Pandan Sedap
Tuang secawan bagi si adik yang puasa separuh hari minum.
Nanti bila dah nak berbuka baru masukkan ais tau.
Air Katira Pandan Sedap
Ada juga yang suka tambah air gas perisa ais krim soda tu kedalam air katira. Tapi BW lebih suka yang rasa creamy, so tak pernah letak air soda pun setiap kali buat. Kalau beli yang ada rasa soda ni, BW kurang gemar sikit :)
Air Katira Pandan Sedap
Kepada yang nak tahu, katira tu sebenarnya getah anggur. Kena rendam semalaman sampai kembang, cuci bersih dan tapis dulu. Susah juga nak cari katira tau. Kat kedai runcit selalunya tak ada pun jual. Cuma sesetengah pasaraya je yang ada jual katira ni, biasanya dah siap pack. Tapi kan, tak ada katira pun boleh aje ;)
Air Katira Pandan Sedap
Selamat Mencuba!
Air Katira Pandan Sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Air Katira Pandan Sedap
OKAY BW - x pernah try.
ReplyDeletemmg letak kurma ke?
dah mcam jus kurma je
yezze letak kurma ... tapi rasa tak sama pun dengan jus kurma, sebab ada air pandan, susu bagai kot :)
DeleteAir katira rasanya blom pernah rasa lagi kot ingat2 lupa. Buah katira pun x tahu mcm mana. Huhu..
ReplyDeletebiasanya kalau peniaga dia akan letak pewarna hijau ... kalau pernah minum air warna hijau ada pelbagai bahan hancur dalamnya, katira la tu :)
Deleteair katira mmg femes di Johor... wow.. pandai buat sendiri ye.. bila nak jamu SS pulak??? ha ha ha...
ReplyDeletekann ... femes sangat kat johor. erm ... jamu gambar je SS ;)
DeleteKatira? x pernah tgk
ReplyDeletetak pernah tengok ke tak pernah tahu? :p ... biasa kalau kat bazar ramadhan airnya warna hijau
Deletexpernah minum pun.. nama pun xpernah dgr. sadisnya.
ReplyDeletehaha ... en suami pun org utara, bila kawin dia pun baru tau air ni, first time rasa katira famous jb tu terus dia suka :)
Deletesodap air ni..biase tme pi bazaar ramdhan..air kathira ada dlm list wajib beli..skrg..rindu lak nk mnum..ni nk try buat sndri..tggu bln ramdahan lmbt ag..
ReplyDeletebetul tu, kalau kat johor memang wajib beli berkali-kali lah time ramadhan. tapi la ni dok selangor, beli pun rasa tak seberapa, kenalah buat sendiri :)
Deletebila dah teringin nak minum, kenalah buat kan, ramadhan lambat lagi ni, selamat mencuba yer :)