Pages

Friday, June 26

Resepi Mudah Bihun Sup Soto Johor Sedap

Salam ...

Jom buat bihun sup untuk moreh. Mudah dan sedap. Kalau untuk berbuka macam tak kenyang la pula :p Kalau bukan bulan puasa, sedap dimakan sepanjang hari ;)
bihun sup soto sedap
Resepi Mudah Bihun Sup Soto Sedap. Cara Masak Bihun Sup Soto Best. Cara Buat Bihun Sup Soto Johor.
Bihun sup - makanan simple yang menyelerakan untuk moreh.
bihun sup soto sedap
Bahan-Bahan;
bihun sup soto sedap
- 1 Pack Bihun (Direbus) atau
- 1 Pack Nasi Impit (Direbus)
- Daun Sup (Dihiris)
- Isi Ayam Goreng (Dicarik)
- Bawang Goreng
bihun sup soto sedap
Bahan-Bahan (Sup);
bihun sup soto sedap
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 2 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Isi Ayam (Dipotong Kecil)
- 2 Sudu Rempah Soto Mak Siti
- 1 Batang Saleri (Dihiris Kasar)
- Daun Sup (Dihiris Kasar)
- Bawang Goreng
- Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya
bihun sup soto sedap
Cara-Cara (Sup);
bihun sup soto sedap
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, tumis lagi kemudian masukkan air secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
3. Masukkan batang saleri, daun sup, bawang goreng dan garam. Kemudian kacau sebati.
4. Tutup api apabila batang saleri sedikit layu.
bihun sup soto sedap
Resepi Mudah Bihun Sup Soto Sedap. Cara Masak Bihun Sup Soto Best. Cara Buat Bihun Sup Soto Johor.
bihun sup soto sedap
Bahan-Bahan (Cili Kicap);
bihun sup soto sedap
- 15 Biji Cili Hijau
- 3 Ulas Bawang Putih
- 1 Biji Limau Kasturi
- Kicap Kipas Udang Secukupnya
- Garam Secukup Rasa 
bihun sup soto sedap
Cara-Cara (Cili Kicap);
bihun sup soto sedap
1. Tumbuk cili dan bawang putih sehingga lumat.
2. Masukkan kedalam mangkuk dan perah limau kasturi.
3. Masukkan kicap dan garam kemudian gaul rata.
bihun sup soto sedap
Sesuai dimakan dengan bihun atau nasi impit. Kalau makan dengan nasi impit jadilah soto. Untuk soto ditambah dengan suun goreng. Makan dengan mee dan kueh teow pun ok. Dihidang bersama sup panas, bawang goreng, isi ayam goreng yang dicarik, daun sup dan cili kicap. Yummy ;)
bihun sup soto sedap
Selamat Mencuba!
bihun sup soto sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
bihun sup soto sedap

15 comments:

  1. Rempah soto mak siti available di mana2 pasaraya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perasan pula ada ke tak kat pasaraya lain ... biasanya beli kat mydin, beli banyak-banyak :)

      Delete
  2. my fav tu...tapi resipi PW ni tak letak sup bujnut tu eh..just letak rempah 4 sekawan je...tak pernah try resipi camni....nak copy lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul, jarang sangat letak sup bunjut, sebab jarang sangat beli :p ... just letak rempah empat sekawan dan rempah soto mak siti :)

      Delete
  3. boleh try ni.. hehehe. faveret nina. lama xmakan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)