Pages

Wednesday, June 24

Resepi Mudah Udang Masak Sambal Merah

Salam ...

Menu apa untuk berbuka hari ni? Jom masak udang sambal, sedap, mudah dan ringkas aje
resepi udang sambal sedap
Resepi Mudah Udang Masak Sambal Merah. Cara Masak Udang Sambal Sedap Pedas.
 Nyum nyum, udang sambal memang feveret dari kecil :)
resepi udang sambal sedap
Bahan-Bahan;
resepi udang sambal sedap
- 20 Ekor Udang
- 10 Helai Cili Kering  (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air Asam Jawa (Secukupnya)
resepi udang sambal sedap
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan dua biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar sebiji.
resepi udang sambal sedap
Resepi Mudah Udang Masak Sambal Merah. Cara Masak Udang Sambal Sedap Pedas.
Ni rupanya bila dah masak. Tak perlu tambah air kay, nanti udang akan mengeluarkan sedikit air.
resepi udang sambal sedap
Cara-Cara;
resepi udang sambal sedap
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan udang, air asam jawa dan garam.
4. Kacau seketika sehingga udang masak.
resepi udang sambal sedap
Resepi Mudah Udang Masak Sambal Merah. Cara Masak Udang Sambal Sedap Pedas.
Jemput makan semua :)
resepi udang sambal sedap
Mudahkan? Selamat Mencuba!
resepi udang sambal sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi udang sambal sedap

16 comments:

  1. jadi pengen cepat cepat buka -____-
    menggoda

    ReplyDelete
  2. JM failed bab buat sambal ni...biji cili tu x hancur semasa blend..pastu x pedas...rasa x puas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rendam dengan air panas dulu cili tu sebelum blend ... kalau nak pedas kena guna cili india, memang pedas ;)

      Delete
    2. nak mudah pakai cili boh jee

      Delete
    3. hahaha cili boh tak sedap lah jadinya sambal tu ... kalau tak percaya cer cuba :)

      Delete
  3. Tambah petai lg terangkat...nyum..nyumm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk ... terus hilang selera. hehe. tak makan petai la :p

      Delete
  4. udang kalau masak mcm ni. memang bertambah nasi masa sahur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... udang kan, sure sedap, goreng pun sodap ;)

      Delete
  5. Klau gunakan ketam.. sama jgak ke bhan nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga bahannya kalau nak masak sambal ketam ... untuk sambal ketam tu kalau nak lebih sedap, pecahkan telur last sekali, kacau hingga telur masak then tutup api. selamat mencuba :)

      Delete
  6. Kalau takde asam keping atau asam jawa nak ganti apa ya? Nak bgi dia masam asam sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh gantikan dengan cuka, pati delima. boleh juga letak limau kasturi atau limau nipis. make sure letak sikittt jer tau, nanti terover masam pula :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)