Tuesday, July 28

Seronoknya Beraya Di Kampung. RM2 Satu Rumah?

Salam ...

Dah lama dah tak update blog ni. Dah bersawang dah kot. Mood raya masih ada. Walaupun balik kampung seminggu aje, tapi cuti berblogging dua minggu :p
beraya dikampung
Ni just entri santai nak share cerita beraya di kampung. My dotter dua orang excited sangat, asyik cakap seronok aje. Sebab last year BW pantang anak ke-empat, so kami beraya di Putrajaya, macam tak raya aje, Klik Sini.
beraya dikampung
seronoknya beraya dikampung 2015
 Raya pertama. Bila petang kami ke jeti aje, masing-masing dah comot :)
beraya dikampung
Last time dah cerita pasal misi mencari baju raya ready made sedondon dengan tema maroon, Klik Sini. Alahai susahnya nak dapat baju sedondon, enam pasang pula tu. Encik suami dapat la baju maroon. Tapi BW dapat red maroon. My dotter dapat purple maroon. My son pula pink maroon. Kena belajar menjahit la pasni, barulah 100% sedondon ;)
beraya dikampung
seronoknya beraya dikampung 2015
 Raya kedua. Beraya rumah ke rumah dengan sepupu. Si baby je tak ikut.
beraya dikampung
Actually bila my dotter tengok ramai budak-budak datang beraya raya pertama tu, diorang pun nak juga beraya sendiri. Dia excited dah sebelum balik kampung bila tengok drama Seringgit Kesyorga kat TV. Pagi raya kedua, barulah bagi diorang beraya rumah kerumah. Sepupu dia pun tinggal kat bandar, so diorang tak pandai sangat, hanya pergi beberapa buah rumah, tu pun BW perhati dari jauh, takut diorang tak reti balik pula :p
beraya dikampung
Terkejut BW, bila kira, diorang dapat belas-belas ringgit seorang. Purata satu rumah beri RM2. Rumah kampung kami pun bagi RM2. So, memang rata-rata bagi RM2 la kot. Jauh tul jurang perbezaan. Dulu time BW kecil rata-rata bagi 20 sen aje, rumah besar sikit bagi 50 sen. Letih pusing hampir sekampung pun susah nak dapat RM10. Patutlah dah tak ramai budak datang rumah beraya sekarang ni. Diorang tak perlu pusing sekampung pun dah dapat banyak duit. Hurmmm.
beraya dikampung
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
beraya dikampung

27 comments:

  1. anak2 yg paling gembira sbb boleh pergi beraya dgn sepupu diaorang kan, seronok diaorang kutip duit raya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la diorang seronok sebab beraya sendiri dengan sepupu ... tapi diorang tak excited pun dengan duit raya, sebab masing-masing tak reti guna :p

      Delete
  2. dua hinggit termasuk GST tu makk ;p
    meriah budak2 kanns

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meriah ... nak nak budak kampung, sebab budak kampung kecil-kecil dah pandai guna duit kan.

      tapi my dotter dgn sepupu dia, balik letak tepi dinding aje duit raya masing-masing ... hurmm tak pernah ke kedai sendiri :p

      Delete
    2. sbb budak-budak beli jajan kena gst kot ... tu pasal tuan rumah bagi duit lebih ;) hehe

      Delete
  3. hihihihi...
    awesome lh BW...
    Okay lah tu... ada ciri2 maroon.

    biar sama asal tak serupa... baru lah lebih ceria.

    chill lah... Ini kan raya... # ...
    hahahaha...

    bila nak buat open house?

    kita kan warga putrajaya. hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk Warga Putrajaya je ke? Iskkss...

      Delete
    2. erk ... tak mampu nak beli rumah kat putrajaya ni. Tahun lepas beraya dekat rumah my kakak :p

      erm ... sejuta kali pikir nak buat open house ni. dah la anak-anak kecil lagi, adik pun tak ada sebab bongsu, tak ada org suruhan la :)

      Delete
    3. SS nhhas ngan JM je warga putrajaya :)

      Delete
  4. weuittt ...kenapa kita dah jatuh tangga ke - 5 ni...

    adeiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangga apakah? tangga pengomen sepanjang zaman ke? :p ... still no.4 lagi tu :)

      Delete
    2. ok baru perasan ... sebelum ni amanina mads yang dah up jadi no.4 :)

      Delete
    3. sungguh-sungguh dia pulun komen nak kekalkan rank :) ... tq tq :)

      Delete
    4. huda tangga ke 5? nak kejar Huda boleh?

      Delete
    5. haha, sila-sila ... beza 4 komen je dengan huda ni :)

      Delete
  5. Kalu satu rumah 2 hengget... Sejuta umah?
    * Amik kalkulator... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyukkk la kan kalau satu kampung ade sejuta rumah :p ... tapi ada yang tak buka pintu sambil jerit "takkk adaa orangg" :p

      Delete
  6. Seronok diaorang beraya. Tahun ni dapat RM50 duit raya, Alhamdulillah...hehe, terasa seperti kanak-kanak Ribena balik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok zaman kanak-kanak :) ...

      erm, kalau family kami, selagi belum kerja, dapat duit raya dari semua. sekarang bila dah kawin ni, anak-anak buah beso panjang dah pun beri duit raya juga sebab still study. so diorang tak rasa macam kanak-kanak ribena la :)

      Delete
  7. dalam keadaa GST ni pun masih adayg bagi duit raya RM2? itu berita baik...kalau 10 buah rumah dah RM10....kalau zaman JM dulu RM20 dah kira byk sgt...tu pun dah senyum lebar

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kampung hutang bank tak ada, walaupun GST, still bagi RM2 ... dah sama banyak dengan org bandar dah nilainya :)

      Delete
    2. Betul tu, 10 rumah RM20 ... kita dulu nak kena pusing sekampung pun belum tentu dapat RM20 :)

      Delete
  8. dulu waktu kecil kutip duit raya bila dah bekerja beri duit raya huuhhu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...