Dulu BW pernah share tutorial cara-cara buat cendol homemade, Klik Sini. Time tu rasa susahnya nak buat, buat sampai dua kali, tapi rasa yang ado ajer, tak kenyal. Lately ni cuba lagi walaupun pernah cakap tak nak cuba dah :p
cara buat cendol kenyal sedap
Cendol buatan sendiri :) |
Actually resepi yang sebelum ni tak salah pun. Yang salah tu sebab tak masukkan air kapur. Air kapur tu wajib letak yer, bukannya optional. Kalau tak letak air kapur, cendol tak kenyal, tak sedap la rasa dia, benyek jer. So, kalau korang nak cuba buat cendol sendiri dirumah, pastikan ada air kapur tau :)
cara buat cendol kenyal sedap
Bahan-Bahan;
cara buat cendol kenyal sedap
- 2 Cawan Tepung Beras
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 5 Cawan Air Pandan
- 1/2 Cawan Air
- 2 Sudu Besar Air Kapur
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula.
cara buat cendol kenyal sedap
Cara-Cara;
cara buat cendol kenyal sedap
1. Bancuh tepung beras, tepung jagung, gula dan garam dengan 1/2 cawan air dan ketepikan.
2. Masukkan air pandan kedalam periuk dan panaskan sehingga hampir mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung, air kapur dan kacau rata hingga sebati dan masak.
4. Masukkan adunan yang telah masak kedalam acuan maruku.
5. Picit kedalam bekas yang berisi air dan air batu.
cara buat cendol kenyal sedap
Untuk tutorial bergambar cara membuat cendol step bby step boleh Klik Sini. Jika tiada daun pandan, boleh gunakan kordial pandan sahaja. Jika tiada acuan maruku, boleh gunakan periuk kukus macam BW. Tapi cendol jadi pendek-pendek montel :p
cara buat cendol kenyal sedap
Untuk air kapur pula, ambil 1/2 sudu teh kapur dan bancuh dengan 3 sudu besar air. Bancuh, kemudian biarkan kapur mendak, ambil air kapur 2 sudu besar untuk dimasukkan dalam adunan cendol. Kapur yang mendak buangkan sajer, jangan masukkan, nanti rasa pahit pula.
cara buat cendol kenyal sedap
Pendek-pendek dan montel cendol ni sebab guna periuk kukus sahaja :p |
Cendol yang telah dibancuh dengan santan dan gula melaka. |
Buat ais krim cendol pun sedap, anak-anak suka ;) |
Kalau boleh nak letak cendol penuh semangkuk :p |
Selamat Mencuba!
cara buat cendol kenyal sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat cendol kenyal sedap
Waaa.. kreatif... thanks fot sharing.. nak try ni huhuuu... :D
ReplyDeletesama-sama ... try la yer :)
DeleteKenapalah saya buat cendoi jadi lembit dan cair..saya guna tepung beras dan tepong ubi lain barang semua ada warna cantik tapi lembit dan cair cendoi saya..adakah tepong jagong tu kasi liat dan kenyal
Deletepergh..memang terbaik dan beruntung encik suami dapat insan seperti puan Zie
ReplyDeleteJumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo
encik suami pening asyik makan makan makan ajer hahaha :p
DeleteMakan cendol time panas rasa syok sangat ^-^
ReplyDeletebetul tu, rasa nyaman jer kan :)
DeletePendek2 cendol... comelnye... he he he...
ReplyDeletekannn pendek-pendek montel, sebab tak ada alat khas :p
DeleteSedapnya.. Montel dan pendek takpe.. Asalkan ada rupa cendol.. Hehe..
ReplyDeletehehe ... yang penting ada rasa cendol juga :)
Deletebenyek tu mksud apa? hehehe
ReplyDeletenampak sedap ice cream cendol :)
benyek tu lembik :p ... ice cream cendol untuk anak-anak :)
Deletepicit guna apa eh len bentuk cendol montok2 camtu bukan ada acuan ke
ReplyDeletehahaha patutnya gun acuan maruku, tapi takde acuan tu kat rumah ... so guna periuk kukus ajer, bukan picit, tapi lenyek-lenyek :p
DeleteAssalamualaikum sis .
ReplyDeleteNak tanya lah... Mcm mana nk buat aiskrim cendol tu?
Wassalam ... air cendol yang biasa kita minum tu just tuang dalam acuan ais krim, then bekukan semalaman. caranya, kacau cendol bersama santan atau susu dan gula melaka :)
DeleteBleh x tak letak tepung jagung?
ReplyDeletedulu pernah cuba tak letak tepung jagung. rasa macam lain sikitlah kurang kenyal. better letak lah kan. tapi kalau tak nak letak boleh jer, tekstur cendol jer lah kurang kenyal :)
DeleteSy buat terlembik..
ReplyDelete