Sape kat sini suka makan lala? BW dan anak-anak memang suka makan lala ni. Biasanya memamg masak sup aje. Kadang-kadang masak pedas. Jom masak sup lala yang tak hanyir, sedap hirup macam tu aje :)
Cara masak sup lala sedap
Sup lala yang tidak ditumis bawangnya, campak ajer :) |
Actually nak masak lala ni leceh bila time cuci. Kena pilih satu-satu kay, sebab banyak lala yang ada tanah hitam ajer dalamnya. Dan untuk menghilangkan hanyir pula, rebus dulu seround lala yang telah dicuci bersih, kemudian toskan, barulah boleh dimasak.
Cara masak sup lala sedap
Bahan-Bahan;
Cara masak sup lala sedap
- 1 Kg Lala
- 1 Batang Serai (Diketuk)
- 1 Helai Daun Kunyit (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Ditumbuk)
- 2 Biji Bawang Kecil (Ditumbuk)
- Sehiris Halia
- 1 Sudu Minyak Masak
- Air Secukupnya
- Garam Secukup Rasa
Cara masak sup lala sedap
Cara-Cara;
Cara masak sup lala sedap
1. Panaskan minyak dan tumis bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan serai yang diketuk serta lala yang telah direbus dan ditos kedalamnya.
3. Masukkan air secukupnya, garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit, kacau rata.
4. Masak hingga mendidih.
Cara masak sup lala sedap
Boleh juga rebus semuanya tanpa perlu menumis.
Cara masak sup lala sedap
Yang ni pula sup lala yang ditumis bawangnya, sedikit berminyak. |
Selamat Mencuba!
Cara masak sup lala sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Cara masak sup lala sedap
serai tu buat lala x bau ye?
ReplyDeleteena tag BW kat sini http://www.aeinnamusa.com/2015/10/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html
yups, serai bantu hilangkan bau juga ... yang penting kena rebus dulu seround dan tos sebelum masak sup :)
Deletenmpk sedap tuu ;p
ReplyDeleteuntuk penggemar lala, memang sedap :)
DeleteDah lama tak makan lala... Rasa lebih 5 tahun dah ^-^
ReplyDeleteuish lama tu ... diri sendiri kalau tak dapat lala 5 tahun, mau ngidam aje sentiasa :)
DeleteKalau kerana pun boleh guna cara ni juga kan?
ReplyDeletekerang pun masak sup macam ni juga :)
Deletebab nk cuci tu yg malas.. xpenah lg makan lala bersup :)
ReplyDeletebetul tu ... leceh sikit kena pilih satu-satu :)
Deleteboleh x eh waktu kita rebus lala tu kita halia utk hilangkan bau hanyir tu
ReplyDeletememang letak halia pun JM, tapi rebusan pertama memang kena buang sebab hanyir ... unless kalau kita beli direct tepi laut gerenti fresh, boleh terus masak sup :)
Delete