Hari ni nak mencuba buat roti loaf a.k.a roti potong, hanya menggunakan tepung gandum sahaja. BW dah pusing merata kat supermarket tak pernah terserempak dengan tepung roti / tepung high protein. So, macam biasalah, guna tepung gandum ajer.
Tepung loaf bentuk bulat, ikut suka ajer kan :p |
BW plan nak beli acuan roti lah. So, sebelum beli tu test dulu buat roti loaf. Yang ada kat rumah ni tepung gandum ajer, so cuba buat roti guna roti gandum ajer lah kan. Nak tengok jadi ke tidak.
Sebelum ni banyak kali dah meroti. tapi biasanya buat roti bun lah, roti ditambah serbuk coklat lah, roti goreng lah. Roti loaf tak pernah buat langsung. So, moh kita test sebelum beli loyang roti, sat lagi tak guna pula loyang tu kan kalau tak jadi.
Sebelum dan selepas dibakar. |
Untuk resepi loti loaf ni, BW guna resepi yang biasanya diguna lah, resepi asas doh roti, Klik Sini. Memang buat plain punya, sekadar yis dan tepung sahaja. Ditambah sedikit bread improver dan doh softener untuk melembutkannya.
BW pun test buat dengan cara paling malas. Uli doh kemudian terus masukkan dalam loyang. Biarkannya kembang berganda terus bakar. Sepatutnya teknik buat roti, bila dah kembang tu kena buang anginnya uli lagi then baru masukkan dalam loyangkan. Ni nak test buat dengan cara cepat :)
"Besarnya roti ni ibu, roti arab ke?" Kata my dotter :) |
Roti loaf guna tepung gandum, padatlah dalam dia. |
Ok lah bila dah masak tu, agak lembutlah bahagian dalamnya, luar sedikit keraslah. Yang tak best tu bahagian dalam roti terlampau padat. Memang tepung gandum tak sesuai dibuat roti loaf la kot.
Bila dipotong, sapu dengan jem atau butter, rasanya tak sedap pun. Tapi cicah milo ke horlick ke sedap lah. Anak-anak yang perhabiskan roti ni. Nasib habis, kalau tak bazir jer :p
So, cancel la niat nak beli loyang roti. Maybe nanti kalau dah terjumpa tepung berprotin tinggi, boleh lah cuba lagi buat roti loaf ni. Sesiapa yang pernah beli tepung roti / tepung berprotin tinggi, cer korang komen kat mana korang beli tepung tu :)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Lapor...
ReplyDeletelapar ke lapor diri? hehe :p
DeleteDua dua.... Ha Ha Ha... Aiii aiiii cippp... he he he...
Deletehehe :)
Deletekena cari tepung tu dekat kedai yg jual alat2 baking kot rasanya pasti ada.
ReplyDeletedah cari kat kedai bahan bakeri kat my rumah, tak ada. maybe kat kedai bahan bakeri yang besar-besar kot. nanti nak try cari kedai lain :)
Deleteroti tu cicah kopi o panas..sedap..
ReplyDeletekalau kita yang makan cicah kopi la kan kak yon :)
DeleteIni kes sebab tak cucuk dulu kot ?
ReplyDeleteJumlah Yis cukup ke ?
cucuk lidi tu kalau buat kek, nak tahu dah masak ke tidak.
Deletecukup jumlah yisnya, memang selalu buat roti, cuma tepung gandum tak sesuai buat roti jenis loaf kot :)
rajinnyerr., nmpk sedap loaf tuuuuh., ;)
ReplyDeletenampak jer sedap wak, tapi padat, kureng jer rasa dia :)
Deletegebus gebas ;-)
ReplyDeletetu bukan gebus gebas, tu padat kembang semangkuk :p
Deletedah berjaya kembangkan roti pun satu kejayaan
ReplyDeletebetul tu ... nak menguli doh tu dah satu hal :p
DeleteMcm kek ada.. mcm roti boy pun ada...
ReplyDeleteTerbaekkk
roti boy comel gebu jer huda ... ni kembang padat semangkuk :p
DeleteHaha.. betul lh kan... tpg gandum kan kita guna buat kek.
ReplyDeleteEh tp buat roti guna tephng apa?
kalau roti bun ke, roti yang saiz kecil-kecil, sesuai juga lah guna tepung gandum, roti loaf ni tak sesuai langsung :p
Deletebuat roti guna tepung high protein, tapi tak pernah jumpa lagi ni
di kedai jual brg kek ada jual BW.. hehehe
ReplyDeleteboleh la cari lepas ni sbb tepungnya tak sama dgn gandum
oh ok, lepas ni nak cari lah bila ke kedai barang kek ... memang rasa roti tepung gandum ni lain lah :)
Deletewah...
ReplyDeletewah sebab kembang semangkuk ke? :)
Deletetak pernah buat roti sendiri.. tak pasti mana nak beli.. hehe..
ReplyDeletekalau sorang yang nak makan, macam letih ajer nak buat roti sendiri ni aiza :)
Deleteingatkan tepung gandum tu sama dengan berprotein tinggi tu.. lain rupanya..
ReplyDeletelain lah kot aiza ... saya pun tak pernah beli lagi ni :)
DeleteKalau buat roti bun guna tepung gandum, kena tambah baking powder tak?
ReplyDelete