Entry sembang kosong untuk hari ni. Nak cerita perihal anak lelaki. Anak lelaki memang sangat aktif la kan. Disebabkan anak pertama dan kedua perempuan, bila anak ketiga dan keempat dapat lelaki memang terasa sangatlah. Terasa penat nak jaga tu berganda :p
Habis rosak dikerjakan boboi boy berdua tu :p |
Dulu BW pernah cerita pasal penangan boboi boy, Klik Sini. Time tu diorang berdua masih kecil lagi, yang sorang pula baby, itu pun dah terasa penat berganda. Sekarang diorang dah besar, macam-macam barang rosak dikerjakan. Pening kepala tau :p
Belum kira panjat sana panjat sini lagi, risau dibuatnya. Time anak perempuan dulu takdelah sibuk nak beli safety gate. Tapi sejak ada anak lelaki, safety gate tu dah jadi satu keperluan. Ada safety gate pun habis dikerjakan. Diorang bergayut buat macam buai sampailah rosak tak boleh nak repair langsung. Sabor ajelah.
Safety gate didapur dah ganti baru. |
Safety gate kat tangga, nasib baik tak boleh bergayut kat sini. |
Itu baru cerita safety gate. Tikar jangan cakaplah. Dah empat jenis tikar diorang rosakkan. Sekarang ni memang tak ada tikar lah kat rumah. Tikar buluh besar dicabutnya, tikar buluh kecil pun diorang cabut benang, tikar eva foam tipis dikoyakkan, tikar eva foam tebal diorang cungkil pula. Macam-macam lah kan. Kalau anak perempuan pula, sibuk menconteng dinding. Anak oh anak ;)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
hahaha dah pasang keselamatn kan..ok terbaik...
ReplyDeletedah pasang pun habis dikerjakan ... hopefully pasni tak rosak lagi :)
Deletemcm kena karate ;-)
ReplyDeletekannn dahsyat sungguh, pening dibuatnya ;)
Deleteperghhh bahaya ni. hahaha
ReplyDeletehahaha anak lelaki lah katakan :)
Deletebiasa le ye...
ReplyDeletehaha ... memang biasa kan
Deletemacam-macam kerenah mereka.. hehe.. sabar sahaja la..
ReplyDeleteterpaksa sabar hahaha :)
Delete