Friday, January 15

Resepi Mee Kari Kerang Campak Campak

Salam ...

Moh kita masak mee kari kerang campak-campak. BW gelar campak-campak, sebab kalau masak mee kari warna dan rasanya tak pernah sama, sebab main campak ajer :)

Resepi Mee Kari Kerang Campak Campak. Cara Masak Mi Kari. Resepi Mudah Mi Kari. Mi Mee Spaghetti Curry Sedap Simple Senang
Mee kari kerang dengan kuah extra santan.

Lagi satu sebab kenapa nama mee kari kerang ni campak-campak, sebab kerangnya main campak ajer kalau malas nak kopek. Mesti mak korang tak pernah masak buat macam ni kan? Jenuh nak mengopek time makan la pula ;p

Untuk adik-adik yang baru belajar memasak, jangan risau kay kalau warna kuah kari korang tak sama macam orang lain masak. Sebab warnanya bergantung kepada brand serbuk kari. Contohnya, kalau guna serbuk kari adabi warnanya coklat sikit, kalau guna serbuk kari mak siti warnanya kuning sikit dan kalau guna serbuk kari babas, warnanya merah sikit.

Resepi Mee Kari Kerang Campak Campak. Cara Masak Mi Kari. Resepi Mudah Mi Kari. Mi Mee Spaghetti Curry Sedap Simple Senang
Warna kuah berbeza ikut brand serbuk kari yang kita guna.

Mee kari ni feveret encik suami. Kerjanya nak makan kari ajer, mee pun asyik nak mee kari lah. Ok lah jom kita tengok bahan-bahannya. Kuantiti ikut suka yer. nama pun campak-campak kan :)

Bahan-Bahan;

- Mee Kuning (Direbus)
- Santan Secukupnya
- Bawang Besar (Blend)
- Bawang Kecil (Blend)
- Bawang Putih (Blend)
- Rempah Empat Sekawan
- Serbuk Rempah Kari
- Isi Kerang / Kerang
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukupnya

Bahan Tambahan;

- Daun Sup (Dihiris)
- Daun Bawang (Dihiris)
- Bawang Goreng
- Telur Rebus
- Fish Ball/ Fish Cake
- Tauhu Goreng (Dipotong)
- Lada Merah (Dipotong)
- Limau Kasturi

Cara-Cara;

1. Panaskan minyak masak dan tumis rempah empat sekawan.
2. Masukkan bawang blend dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis sehingga pecah minyak, sentiasa kacau supaya tidak hangus.
5. Masukkan kerang dan air secukupnya, masak hingga mendidih.
6. Masukkan santan dan garam secukup rasa, masak lagi.
7. Hidangkan bersama mee dan bahan tambahan.

Resepi Mee Kari Kerang Campak Campak. Cara Masak Mi Kari. Resepi Mudah Mi Kari. Mi Mee Spaghetti Curry Sedap Simple Senang
Yang ni mee kari dengan kerang campak tak kopek :p

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

  1. Mee kari, favourite sepanjang zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan encik suami kat rumah ni, memang mee kari feveret dia :)

      Delete
  2. boleh cuba sbb hubby teringin nak makan

    ReplyDelete
  3. Nampak simple.. sesuai kalau nak jadi menu org bujang ni huhuu thanks for sharing.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. wah kalau bujang yang masak, ramailah makcik nak buat menantu nanti :)

      Delete
    2. Menu jer bujang hahaha.. tapi mana la makcik2 tu kan hahahah..

      Delete
    3. hahaha dok sebut menu orang bujang, ingatkan tukang masak bujang

      Delete
  4. Mee kari is my faveret too...

    Bila nk anta kt sini...
    Bila owh bilalala...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hehe rasa macam selera JM sama dengan encik suami kat rumah ni ... suka kari ... suka kambing :)

      Delete
  6. guna adabi pun kaler lain.. hehehe
    sedap tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... lain brand lain warna karinya kan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...