Kepada penggemar kerang, moh kita masak rendang kerang dan pulut kuning. Rendang kerang dan pulut kuning memang kombinasi yang match :)
Rendang kerang sedap dimakan bersama pulut kuning. |
Bahan-bahan, kuantiti dan cara masak pulut kuning sama seperti resepi pulut serawa durian, Klik Sini. Cuma disebabkan namanya pulut kuning, warnanya haruslah kuning kan, so just tambah serbuk kunyit sahaja. Kalau korang nak tambahkan pewarna kuning pun boleh juga, ikut suka :)
Bahan-Bahan (Pulut Kuning);
- 1 Cawan Pulut
- 13/4 Cawan Santan
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Garam
- Daun Pandan
Cara-Cara (Pulut Kuning);
1. Pastikan pulut telah dibersihkan dan ditos airnya.
2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker, kacau rata.
3. On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
4. Hidangkan bila pulut sudah sejuk.
Masukkan kerang dan masak sehingga pekat. |
Manakala untuk masak rendang kerang, resepinya sama seperti rendang daging yang BW pernah share sebelum ini, Klik Sini. Cuma kali ini, daging digantikan dengan kerang, ditambah pula dengan asam keping dan tidak menggunakan kerisik.
Bahan-Bahan (Rendang Kerang);
- 1 kg Kerang (Dibuang Kulit)
- 1 Cawan Santan Pekat
- 1 Keping Asam Kering
- 3 Sudu Besar Serbuk Kari
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 5 Helai Daun Limau Purut
- 1 helai Daun Kunyit (Dihiris)
Bahan Kisar (Rendang Kerang);
- 10 Batang Cili Kering
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Biji Bawang Kecil
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Batang Serai (Diracik)
- 3 Sudu Besar Jintan Manis
- Sehiris Halia
- Sehiris Lengkuas
Cara-Cara (Rendang Kerang);
1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan sehingga keluar bau wangi.
2. Masukkan semua bahan kisar, asam keping, gula perang, serbuk kari dan daun limau purut.
3. Masukkan kerang dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Jangan lupa gaul sekali sekala.
4. Masukkan santan pekat, garam dan hirisan daun kunyit. Masak lagi seketika dan tutup api.
5. Hidangkan bersama pulut kuning yang telah dimasak tadi.
Rendang kerang ferevet encik suami ;) |
Sedap juga dimakan bersama nasi lemak dan nasi serai. |
Rendang kerang ni selain sedap dimakan bersama pulut kuning, ianya juga sedap dimakan bersama nasi serai dan nasi lemak. Klik Sini untuk resepi nasi serai dan Klik Sini untuk resepi nasi lemak.
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
pulut,... sue tak berapa pandai masak, hehe
ReplyDeletemakan je pandai ;)
hehe ... masak guna rice cooker jer sue senang, bila dah masak, biarkan sejuk dalam sejam dah boleh makan :)
Deleterendang kerang!!! part yg paling JM malas adalah semasa nk kopek kerang tu
ReplyDeletememang leceh kalau nak kopek ... nak senang, beli yang dah siap kopek ;)
Deletetak pernah makan lg BW..hehe
ReplyDeleteselalu raya makan daging dgn ayam jelah. tak pakai kerisik pon sedap. wahh
nanti boleh cuba nina ... encik suami ni ha suka rendang kerang. kalau saya suka rendang daging :)
Deletedaging lebih sedap ! hehehe
Deleteraya pun lambat lg :)
samalah kita, saya pun suka rendang daging ... tapi encik suami suka rendang kerang :)
Deletemau try rendang kerang ni...thanks kak Azie..
ReplyDeletesama-sama ... selamat mencuba :)
Delete