Saturday, February 6

Payment Pertama Iklan Innity Telah Diterima

Salam ...

Dah lama tak bercerita pasal iklan. Iklan nuffnang dah pernah cerita dah terima cek, Klik Sini. La ni BW cash out Nuffnang setiap dua bulan.

Yeay, dah dapat payment pertama dari Innity :)

First of all sorry la yer, tak boleh nak print screen Innity punya payment history secara clear. Sebab time register dulu kita kena tick bersetuju dengan agreement yang ditetapkan oleh Innity. Disebabkan malas nak baca panjang lebar, BW pun tak sure boleh ke tidak print screen payment history ni, so just display secara blur.

Berbalik pada payment Innity, ni baru first time BW dapat payment dari Innity tau. Untuk iklan Innity kita tak perlu cash out macam Nuffnang, Innity akan terus transfer ke akaun kita apabila pendapatan kita melebihi RM100.

Pembayaran Innity dibuat selepas dua bulan. Tak seperti Nuffnang, cek akan dihantar kerumah selepas sebulan kita cash out. Sama juga macam Nuffnang, Innity pun akan kira pada hujung bulan. So kalau hujung bulan ni pendapatan kita telah mencapai nilai minima RM100, selepas dua bulan nanti baru kita terima payment nya.

BW start pasang iklan Innity Oktober 2015, Klik Sini. Hujung November 2015 baru cukup RM100. Dan selepas dua bulan (Disember 2015 dan Januari 2016), payment pun diterima awal Februari 2016. Bersunguh-sungguh tak cara explain ;)

Nuffnang mampu cash out dua bulan sekali dengan nilai minimum RM50. Innity pun mampu cashout dua bulan sekali dengan nilai minimum RM100. Agak susah juga nak dapat cash out setiap bulan.

Bukan senang nak buat duit dengan blog ni kan. Bila asyik terbaca ada blogger yang bercerita dapat income sampak 5K dengan hanya berblogging sahaja, macam tak percaya ajer. Nak dapat RM100 sebulan pun punya lah susah.

Rasanya sampai disini sahaja lah kot, mood mencuba buat duit dengan blog. Dah tak nak mencuba experiment dengan pengiklan yang lain dah. Stick dengan Nuffnang dan Innity sahaja walaupun tak banyak pendapatan bulanannya. Niat asal pun nak tahu, betul ke boleh buat duit dengan blog? Tapi, hurmmm susahnya la hai.

So, no more testing iklan itu ini dah lepas ni. Just teruskan berblogging macam biasa sebab suka. Dan sebab nak berkongsi cerita dan resepi dengan semua :)

Kepada sesiapa yang still teragak-agak sama ada nak pasang Innity ke tidak, still teragak-agak sama ada Innity ni boleh percaya ke tidak, korang boleh lah mencuba. Innity pun genuine macam Nuffnang juga. Belum cuba belum tahu kan. Cuba kay :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)



18 comments:

  1. Boleh terus jadi non gilletste bila pasang innity... Maksud hilang keisitmewaan nu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terus jadi non glitterati bila pasang iklan innity :)

      Delete
  2. Maksud teman kehilangan keistimewaan bila pasang innity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, hilang keistimewaan ... tapi kan, earning nuffnang glitterati dengan non glitterati lebih kurang sama ajer :)

      Delete
  3. masih setia dgn nuffnang walaupun income ciput..kadang 3 bulan baru cash out sbb malas update blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nuffnang income nya ciput ajer ... tapi boleh lah, sebab nuffnang iklan tak ada yang pelik-pelik kan :)

      Delete
  4. byk tu dapat dari innity..pastu Zie Has lak rajin update blog..Page View pun tggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih banyak lah kalau compare dengan nuffnang ... rajin update tu tak juga JM, selalu buat auto publish :)

      Delete
  5. Replies
    1. itu sudah semestinya JM ... sebab resepi banyak dapat PV, ramai yang mengoogle :)

      Delete
  6. alhamdulillah ada juga income dgn blog ni.. ada semangat nk berblogging. nina je xpernah cashout nuff. saja biar beranak pinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... ada lah juga income kan. wahhh nina simpan jer ke earning nuffnang tu? mesti banyak dah ni :)

      Delete
    2. rezeki blogger byk cabang.. ye tak rasa nk cashout lg. tak byk sgt ada la ratus :)

      Delete
    3. betul tu, banyak cabang, kalau rajin, banyak lah rezeki yang masuk ... especially yang rajin buat advertorial

      Delete
  7. Mantap,, waktu approve butuh berapa hari pesan pemberitahuan surat email?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...