Moh kita masak ayam masak merah. Sesuai dimakan dengan nasi beriyani, nasi tomato dan pelbagai lagi nasi special. Makan dengan nasi putih pun sedap juga. Resepi ayam masak merah sambal simple sedap untuk adik-adik yang baru belajar memasak.
Ayam masak merah / sambal, my feveret :) |
Untuk jadikan ayam masak merah ni sedap dan rasa agak sedikit berbeza dengan sambal ikan bilis, haruslah tambahkan halia didalam cili blend dan tambahkan sos cili kedalam masakan. Simple kan? :)
Bahan-Bahan;
- 1/2 Ekor Ayam (Dipotong)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 3 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Sudu Besar Gula Perang
- Garam Secukup Rasa
Bahan Kisar;
- 20 Tangkai Cili Kering
- 2 Biji Bawang Besar
- 2 Biji Bawang Kecil
- 4 Ulas Bawang Putih
- Seinchi Halia
Cara-Cara;
1. Ayam dipotong, dibersihkan dan digoreng separa garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan gula perang, hirisan bawang dan sos cili kemudian kacau rata.
4. Masak sehingga sambal pecah minyak dan masukkan ayam goreng.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
6. Masak lagi seketika kemudian tutup api.
Kali ini BW makan dengan nasi tomato dan sup cendawan. Klik Sini untuk resepi nasi tomato. Klik Sini untuk resepi sup cendawan. |
Zoom sikit ;)~ |
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
sedap tu...
ReplyDeletejemput tengok :)
Deletekagum dengan bakat anda...pandai masak.
ReplyDeletepandai masak sebab kuat makan hehehe :)
Deletesemoga terus maju
ReplyDeleteaminnn :)
DeleteResepi yang sangat mudah untuk dipelajari oleh org bujang mcm saya ni..hihi... Thank you for sharing! :)
ReplyDeleteorang bujang pun dah ramai yang pandai masak, boleh lah cuba nanti :)
DeleteSalam singgah pagi zie....wahh....sedapnya ayam masak merah...
ReplyDeletesalam ... jemput tengok diana :)
DeleteSaya suka ayam masak merah . klu mkn nasi beriani pun saya ambil ayam ni ...
ReplyDeletesamalah kita vee, mesti cari ayam masak merah ... tak pandang daging dan kambing dah :)
DeleteSaya suka ayam masak merah . klu mkn nasi beriani pun saya ambil ayam ni ...
ReplyDeletesamalah kita vee, mesti cari ayam masak merah ... tak pandang daging dan kambing dah :)
DeleteUii...sedapnye..boleh buat jap g.
ReplyDeletebuat sue buat, kalau ada bahannya terus siap kan sue :)
Deletetambah sos je..ingatkan masukkan sedikit santan...
ReplyDeleteletak sos ajer senang ... tayah masuk santan, nanti senang hangus sambal kalau letak santan :)
Deletememang sedap dimakan dgn nasi briyani atau tomato.. dapnyaaa :)
ReplyDeletesedap kan kalau makan dengan nasi beriyani dan nasi tomato :)
Deletesetahun sekali makan tu pun kalau raya.. hahaha
Deletehehe ... sebab nina selalu makan nasi kandar :)
DeleteBerguna sgt2.....simple je sis terangkan...Trimas♥♥♥
ReplyDelete