Thursday, February 4

Resepi Ayam Masak Merah Sambal Simple Sedap

Salam ...

Moh kita masak ayam masak merah. Sesuai dimakan dengan nasi beriyani, nasi tomato dan pelbagai lagi nasi special. Makan dengan nasi putih pun sedap juga. Resepi ayam masak merah sambal simple sedap untuk adik-adik yang baru belajar memasak.

Resepi Ayam Masak Sambal Merah Simple Sedap. Cara Mudah Masak Ayam Sambal Merah. Ayam Masak Merah Kenduri Sedap. Ayam Masak Sambal Best.
Ayam masak merah / sambal, my feveret :)

Untuk jadikan ayam masak merah ni sedap dan rasa agak sedikit berbeza dengan sambal ikan bilis, haruslah tambahkan halia didalam cili blend dan tambahkan sos cili kedalam masakan. Simple kan? :)

Bahan-Bahan;

- 1/2 Ekor Ayam (Dipotong)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 3 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Sudu Besar Gula Perang
- Garam Secukup Rasa

Bahan Kisar;

- 20 Tangkai Cili Kering
- 2 Biji Bawang Besar
- 2 Biji Bawang Kecil
- 4 Ulas Bawang Putih
- Seinchi Halia

Cara-Cara;

1. Ayam dipotong, dibersihkan dan digoreng separa garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan gula perang, hirisan bawang dan sos cili kemudian kacau rata.
4. Masak sehingga sambal pecah minyak dan masukkan ayam goreng.
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
6. Masak lagi seketika kemudian tutup api.

Resepi Ayam Masak Sambal Merah Simple Sedap. Cara Mudah Masak Ayam Sambal Merah. Ayam Masak Merah Kenduri Sedap. Ayam Masak Sambal Best.
Kali ini BW makan dengan nasi tomato dan sup cendawan.
Klik Sini untuk resepi nasi tomato. Klik Sini untuk resepi sup cendawan.

Resepi Ayam Masak Sambal Merah Simple Sedap. Cara Mudah Masak Ayam Sambal Merah. Ayam Masak Merah Kenduri Sedap. Ayam Masak Sambal Best.
Zoom sikit ;)~

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

23 comments:

  1. Resepi yang sangat mudah untuk dipelajari oleh org bujang mcm saya ni..hihi... Thank you for sharing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang bujang pun dah ramai yang pandai masak, boleh lah cuba nanti :)

      Delete
  2. Salam singgah pagi zie....wahh....sedapnya ayam masak merah...

    ReplyDelete
  3. Saya suka ayam masak merah . klu mkn nasi beriani pun saya ambil ayam ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita vee, mesti cari ayam masak merah ... tak pandang daging dan kambing dah :)

      Delete
  4. Saya suka ayam masak merah . klu mkn nasi beriani pun saya ambil ayam ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita vee, mesti cari ayam masak merah ... tak pandang daging dan kambing dah :)

      Delete
  5. Uii...sedapnye..boleh buat jap g.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sue buat, kalau ada bahannya terus siap kan sue :)

      Delete
  6. tambah sos je..ingatkan masukkan sedikit santan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak sos ajer senang ... tayah masuk santan, nanti senang hangus sambal kalau letak santan :)

      Delete
  7. memang sedap dimakan dgn nasi briyani atau tomato.. dapnyaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kalau makan dengan nasi beriyani dan nasi tomato :)

      Delete
    2. setahun sekali makan tu pun kalau raya.. hahaha

      Delete
    3. hehe ... sebab nina selalu makan nasi kandar :)

      Delete
  8. Berguna sgt2.....simple je sis terangkan...Trimas♥♥♥

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...