Hari ni nak share pasal doughnut maker. Memang mudah buat donut menggunakan donut maker ni. Tak perlu dah nak nak uli bulat-bulat dan tekap dengan cawan bagai. Kalau guna donut maker hanya perlu picit sahaja.
Donut maker yang sangat basic. |
Cuma bila menggunakan donut maker, tekstur doh donut tak samalah macam donut yang BW buat sebelum ni. Doh donut kali ini lebih cair / lembik, macam doh nak buat cucur tu. Tapi kandungan tepung dan yis masih sama seperti resepi donut sebelum ini, Klik Sini.
Bahan-Bahan;
- 1/2 Kg Tepung Roti
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 3 Sudu Besar Susu Tepung
- 1 Sudu Besar Gula
- Sedikit Garam
- Air Secukupnya
Cara- Cara;
1. Masukkan tepung, garam, yis, susu dan gula kedalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung dan kacau sebati.
3. Biarkan doh mengembang menjadi dua kali ganda. Klik Sini untuk cara cepat.
4. Tekan doh supaya hilang udara didalamnya dan masukkan kedalam doh maker.
5. Picit doh donut kedalam kuali yang mengandungi minyak panas.
6. Goreng garing atau separa garing.
Doh donut kali ini lembik seperti doh nak buat cucur goreng. Bila dah kembang dua kali ganda, ianya akan jadi doh yang lembut. |
Cara guna; pegang tangkai menggunakan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian tekan bulatan ditengahnya menggunakan ibu jari. |
Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana kuat. Buat guna doughnut maker ni ada yang cantik, ada yang ado sajer :) |
Sedap dimakan bersama aiskrim. Yummy ;)~ |
Kalau korang sukakan donut yang gebu gebas, hanya gorengkannya separa garing ajer kay. Tak perlu nak goreng lama hingga garing. Macam BW ni memang sukakan donut yang garing. Garing diluar lembut didalam gitew.
Kepada yang tertanya-tanya mana nak beli donut maker ni, korang boleh beli online dengan harga RM20++. Atau boleh juga beli di kedai Mr. DIY dengan harga RM5++. Mungkin dari segi kuali berbeza kot. Sebab donut maker yang BW guna ni goyang sikit masa nak picit, tu pasal ada donut yang cantik dan ada donut yang ado sajer :)
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Sedap tu
ReplyDeletesedap kan
Deletetq
ReplyDeletemenarikk tu.. senang lah nk mendonut.. xpayah nak bentuk2 bagai..
ReplyDeletesenangkan .. masuk dalam bekas lepas tu picit ajer :)
DeleteHaaa ada pun resepi donut....
ReplyDeletemesti ada .. donut feveret anak-anak :)
DeleteResepi bebopa daging ada tak?
ReplyDeletebelum upload lagi huda ... last time buat, gambarnya dah hilang entah kemana. tunggu mood buat bebola datang lagi, baru boleh snap gambar baru :)
Deletewahhh tak payah buat manual dh.. hehehe
ReplyDeletehehe senang ni ... main picit ajer :)
Deletetak pernah lg mkn dgn aiskrimm boleh cuba ni
ReplyDeletesedap sangat nina makan donut dengan ais krim ... especially donut yang masih panas yummy :)~
Deletebleh jual donut pasni ;-)
ReplyDeletealamak ... rupa donut nan hado, macam mana nak jual ni :p
DeleteSalam admin..saya nak tny..pakai tepung gandum biasa blh x
ReplyDeleteSalam ...boleh juga nak guna tepung gandum. saya biasa pun guna tepung gandum, kalau ada stok tepung roti, baru guna tepung roti, tepung roti lebih gebu :)
DeleteTerima kasih resepinya i will try today😘
ReplyDelete