Sebelum ni dah pernah share bubur kacang merah, Klik Sini. Yang tu BW guna kacang merah kecil-kecil. Kali ni nak masak kacang merah yang besar dan panjang bentuknya tu. Kalau korang suka makan kacang merah dalam tin dan baked beans dalam tin tu, inilah kacangnya :)
Kacang merah my feveret :)~ |
Nak masak kacang merah saiz besar ni mestilah kena ada pressure cooker. Kecuali kalau korang jenis penyabar teramat, bolehlah guna periuk biasa. Teringat first time masak kacang merah ni guna periuk biasa sahaja. Lamanyalah nak masak, last sekali terlupa sampai hangit bahagian bawah jadinya :)
Bahan-Bahan;
- Kacang Merah
- Gula Pasir
- Daun Pandan
- Air Secukupnya
Cara-Cara;
1. Basuh kacang merah hingga bersih dan rendam semalaman.
2. Masukkan kacang merah kedalam pressure cooker.
3. Masukkan daun pandan dan gula, tutup rapat.
4. Masak selama 30-40 minit.
5. Biarkan sejuk baru hidang.
Mesti guna pressure cooker kay. Kalau tak berjanggutlah nak tunggu masak :) |
Sirap bandung kacang merah feveret semua :) |
Sirap bandung kacang merah memang feveret semua kat rumah. BW dan encik suami suka, anak-anak lagilah suka. Masukkan ais, kacang merah dan air bancuhan sirap bandung. Nyum~
Untuk buat baked beans pula senang ajer. Hanya gunakan kacang merah yang telah direbus tadi. So, mudah ajer lah stepnya, hanya masukkan sos tomato.
Bahan-Bahan;
- 1 Cawan Kacang Merah
- 3 Susu Besar Sos Tomato
- 3 Sudu Besar Air
Cara-Cara;
1. Masukkan semua bahan kedalam kuali.
2. Kacau rata dan masak hingga kuah mendidih.
3. Tutup api dan masukkan kedalam balang.
4. Masukkan kedalam fridge semalaman.
Baked beans yang dah ready untuk diperap semalaman. |
Selain minum dengan sirap bandung sedap juga di buat ais kacang, Klik Sini dan cendol, Klik Sini. Makan begitu sahaja pun sodap :)
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
BWwwwwwwww....
ReplyDeleteRindunya nk buat onar kt sini...
hu hu hu... dh 3 mgu ada mslh blog...
Hanya blh up entry baru n can READ ONLY blog orang lain ...
tak boleh komen langsung. Samada kt blog org or blog sendiri...
huhuhu...
Blog kena serangan keganasan dari saka antu juOn kot...
uish virus apa tu huda? seb baik lah blog ni tak kena.
Deletekalau virus antu juon parah ni :p
Kita try bnyk kali komen kt blog bw...
ReplyDeletehampeh... satu pun tak up...
patutnya sepi jer huda ... ingatkan busy. huda kan busy woman :)
DeleteAlhamdulillah dah ok ni...
ReplyDeleteNnt naaa... siap sedia... kita nk seranggggg
serang jangan tak serang :)
DeleteErrrr btw... kita x suka red bean...
ReplyDeleteha ha... tp air pink tu kita suka...
bagus lah tak suka read bean ... tak banyak buang angin :p
DeleteEerr btw lg... kita hy jumpa red bean dlm tin je... hi hi hi
ReplyDeletememang biasa jumpa yang tin jer kan ... red bean yang belum masak ni, mak mak jer yang tahu kat mana. hehe :p
DeleteHambekkkk... ni mmg lps gian nk komen kt blog org ni...
ReplyDeleteHa ha ha
hahaha ... tau takper :p
DeleteKacang merah sue x suka. Kalo dlm ais kacang sue x mkn..hehe
ReplyDeletesue pun sama dengan huda lah tak suka kacang merah :)
Deletehahaha.. memang sedap kacang merah ni cuma yg besar gedabak tak penah mkn lg
ReplyDeletesedap kan kacang merah ... yang besar gedabak ni pun sedap juga nina :)
Deleteyelahh kecuali saiz rasa lebih kurang kot :)
Deleterasa lebih kurang jer lah kan :)
DeleteYa ALLAH nmpk sedap air bandung kacang merah tu. Suka tngok blog sis.. Banyak resepi dikongsikan, rasa dekat dgn jiwa kewanitaan :)
ReplyDeleteair bandung kacang merah mesti ramai yang suka kan :)
Deletetq sabrina ... eh, dekat dengan jiwa kewanitaan ke dekat dengan selera kewanitaan? hehe ;)