Sunday, February 21

Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple

Salam ...

Resepi apple pie untuk hari ini. Tapi resepi yang BW share ni tak sama dari segi rasa dengan pai epal yang biasa kita beli. Resepi ni BW adjust ikut selera sendiri ;)

Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple. Pai Epal Rangup Sedap. Apple Pie Senang Simple Sedap
Pai epal dengan krimer pekat manis :)~

Pie Apple yang biasa kita beli tu ditambah serbuk kayu manis. Tapi tu lah, tekak BW ni tak berapa suka rasa kayu manis dalam kek dan dessert bagai. So, BW gantikan dengan krimer pekat sewaktu membuat inti epal. Untuk kulitnya pula BW buat macam buat karipap ajer, Klik Sini cuma minyak digantikan dengan buttercup.

Bahan-Bahan (Kulit);

- 3 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Biji Buttercup
- Secubit Garam Halus
- Air Secukupnya

Bahan-Bahan (Inti);

- 3 Biji Epal Merah
- 3 Sudu Gula Perang
- 3 Sudu Kimer Pekat
- 1 Sudu Buttercup

Cara-Cara;

1. Masukkan tepung gandum, garam dan buttercup kedalam bekas.
2. Ramas tepung sehingga menjadi lebih kurang seperti bread crumbs.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Pastikan doh tidak melekat ditangan, bulat-bulatkan dan ketepikannya.
5. Epal merah dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong dadu.
6. Panaskan pan, masukkan buttercup, epal, gula dan krimer pekat.
7. Kacau sebati sehingga epal menjadi lembuat dan kuah pekat.
8. Leperkan doh bulat tadi dan potong menjadi segi empat.
9. Letakkan inti epal, lipat doh dan tekan disetiap sisi.
10. Ambil garpu dan tekan lagi disetiap sisi.
11. Goreng sehingga garing.

Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple. Pai Epal Rangup Sedap. Apple Pie Senang Simple Sedap
Inti pai epal, sebelum dan selepas masak.

Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple. Pai Epal Rangup Sedap. Apple Pie Senang Simple Sedap
1. Leperkan doh guna roller dan potongkannya guna spatula.
2. Masukkan inti epal. 3. Lipatkan doh dan tekan setiap sisi.
4. Ambil garpu dan tekan lagi si setiap sisi seperti gambar.

Resepi Mudah Pai Epal. Cara Buat Apple Pie Simple. Pai Epal Rangup Sedap. Apple Pie Senang Simple Sedap
Dah macam karipap empat segi ajer. Sungguh tak cun :p

Kepada yang sukakan pisang, bolehlah mencuba resepi pisang cracker, Klik Sini. Untuk yang sukakan pai bersaiz comel pula boleh mencuba resepi tart mini Klik Sini.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

16 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...