Tuesday, December 5

Makcik Pakcik Bawang Dah Pindah Maki Di Blog Ke??

Salam ...

Korang selalu tak bila baca entry sensasi atau viral di FB terjumpa banyak komen dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang? Dahsyat diorang kalau komen, tahap maki hamun ...

Tapi kan, kadang-kadang bila baca blog, ada juga jumpa komen maki hamun ni. BW pun dapat satu komen dari makcik / pakcik bawang ni ... Makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang ni dah berpindah maki di blog pulak ke? :p


FYI, komen ni BW print screen dari entry Bermain Pasir di Tanjung Bidara Melaka, Klik Sini. Sajer jer lah tak delete komen tu, harap-harap dia baca apa yang BW reply ;)

Hairan juga dengan mereka-mereka ini. Dia ta kenal kita, sesuka ajer dia nak judge kita. Suka-suka ajer dia nak puii puii kita. Blog kita, suka hati kitalah kan nak keluarkan pendapat kita.

Hurmmm ada masalah hati agaknya orang yang macam ni. Sepatutnya bila tak suka jangan baca, simple ajer. Ini rajin pulak lah dia nak komen macam tu sekali.

Kalau kat kampung BW, ada lah beberapa orang makcik dan pakcik yang mulut bawang ni. Tapi beberapa orang jer lah, so nisbahnya kecil berbanding penduduk kampung.

Tapi sejak ada sosial media ni especially FB, BW rasa nisbah makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang makin bertambah. Punyalah ramai yang maki hamun kalau topik atau isu tu diorang tak suka. Scary nak baca komen diorang tu.

Harap-harap kita dijauhkan dari sifat macam tu yer. Sifat judge orang, sikat suka maki orang. Orang tak cari pasal dengan kita, kita jangan nak mulakan pula.

Akhir kata, jaga mulut, jaga jari juga ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


15 comments:

  1. Takut pula membaca..saya pernah alami kena kritik. Budi bahasa budaya kita..biarkan ja jika ada kata2 begitu..semoga kita sesama blogger sentiasa memahami tiap entri. Blog kita hak kita tetapi awas ada undang2 dari CYBER..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, harap kita sesama blogger tak amalkan sikap judge orang dan bahasa kesat macam ni.

      yess blog kita hak kita, jangan sampai memfitnah udah ler kannn :)

      Delete
  2. Macam2 perangai manusia ni Kan, hrmmmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn macam-macam perangai ... tak suka dengan entry orang suka-suka dia nak judge orang, puii puii orang lagi, sabor ajer lah

      Delete
  3. tqvm kerana ke blog akak.... memang macam2 perangai manusia terserlah di fb, manusia yang bijak menjaga tutur kata dan juga manusia yang sebaliknya, kita sebagai pembaca pula perlulah bijak menapis maklumat yang diterima...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu cikgu iza, kena jaga tutur kata kan ... bijak menapis maklumat satu hal, jangan main share jer kan :)

      Delete
  4. hmmm i kenot la kalau ade golongan mcm ni.

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, kenot jugak ... seram baca kalau yang suka maki hamun ni :)

      Delete
  5. hai..mcm2 org..dah tak suka..tak yahla bacakan..rajin jgk dia nak baca sampai habiskan..haha...org mcm ni masalah hati..kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan ... dah lah salah tafsir apa yang kita tulis, lepas tu rajin pulak nak komen judge kita itu ini, sabor ajerlah

      Delete
  6. belum jumpa lagi pakcik makcik spesis mcm ni..ooo patutlah di gelar 'bawang' patutnya kena gelar 'cili' sbb kasi pedas mulut tu..adehlaa..nk komen tu tlg la jaga sensitiviti orang..kalau x suka baik diam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak aktif kat fb makcik pakcik bawang ni, cuba baca komen kalau ada isu panas, seram tau komen diorang hihi :)

      yer betul, kalau tak suka better diam kan, kadang-kadang kita sendiri yang salah paham apa orang tulis

      Delete
  7. First time dengar pasal pak cik mak cik bawang ni...ngeee....sabar je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saya pun baru-baru ni tau istilah makcik bawang ni ... kat fb memang selalu diorang dok mention makcik pakcik bawang ni ... sapa yang kena serang tu memang nahas lah :)

      Delete
  8. https://www.cardshure.com/burlington-credit-card-%ef%bb%bfnow-available-for-shoppers/

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...