Pages

Wednesday, April 2

Resepi Burger Bakar Homemade Double Special

Salam ...

Dulu BW pernah story pasal "percubaan pertama buat burger bakar". Kali ni setelah beberapa kali buat, nak share la resepinya. Tajuk bukan main panjang yer, double sebab dua patty, special sebab letak cheese, telur and sos black pepper jer pun :p

 Yummylicious burger bakar double special, tak muat dimulut, penuh diperut :)


Bahan-Bahan (Patty);

- 500g Daging Cincang
- 1 Biji Bawang Holand (Dipotong Dadu)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 2 Ulas Bawang Kecil (Dicincang)
- 2 Sudu Teh Mix Herbs
- 1 Biji Telur
- Sedikit Black Pepper
- Sedikit Garam


Bahan sampingan yang menjadikannya special la kononnya :p

Cara-Cara (Patty);

1. Rendam daging cincang dalam air yang banyak seketika, kemudian tapis dan perah airnya untuk mendapatkan daging cincang yang kurang berbau :)
2. Masukkan semua bahan dan gaul rata, kemudian perap sejam.
3. Bentukkannya menjadi patty kemudian bakar.

Lain lain tu tayah la explain panjang yer. Roti disapu sedikit butter dan dibakar. Telur digoreng kurang minyak, taburkan sedikit kicap dan black pepper. Cheese diletakkan atas daging yang baru siap dibakar bagi jadi cair sikit. Hidangkan semuanya bersama tomato, salad dan sos. Nyum nyum ~~

Koleksi rempahku. Yang tepi, penutup maroon tu la rupa mix herbs nya.
Untuk buat sos bolognese pun sesuai sangat

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. wah.. nampak sedap tu.. aiza tak pernah lagi mencuba buat burger bakar sendiri.. boleh cuba juga membuatnya nanti, terima aksih share resipi ini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sedap sedap (macam ipin :) boleh la cuba nanti yer, senang aje, gerenti jadi :)

      Delete
  2. BW... sedapnya.

    kenapa BW ni tere sangat masak.

    jelesnya...

    kita nak tere masak jugak.

    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sedap sedap ... bukan terer masak, tapi kerap masak sebab dah ramai anak termasuk anak tekak sendiri :)

      Delete
  3. daging burger tu buat sendiri ke?

    Ya Allah...hebat nya kawan saya ni...

    huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups daging tu buat sendiri ... fefling makan burger restoren mahal. hehe :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)