Thursday, February 18

Resepi Lempeng Keju Nestum Cheese Pancake

Salam ...

Resepi untuk adik-adik. Untuk yang dah bosan makan cheese dengan roti, moh kita makan cheese dengan lempeng pula. Fusion lah kononnya ni kan. Sesuai untuk dimakan ketika sarapan, minum petang dan supper.

Resepi Lempeng Keju Nestum Cheese Pancake. Cara Buat Lempeng Malaysia Mudah Dan Ringkas. Lempeng Nestum Cheese Keju Sedap Simple Senang
Lempeng nestum dengan cheese cair.

First sekali kita buat bancuhan lempeng yer adik-adik. Untuk bancuhan lempeng ni, kandungan air ditambah sikit-sikit, bancuh sehingga menjadi seperti adunan cucur yang cair. Untuk sekeping lemping, hanya perlukan dua keping slice cheddar cheese.

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Tepung Gandum
- 3 Sudu Gula Perang
- 3 Sudu Susu Pekat
- 3 Sudu Nestum
- 1 Sudu Mentega Cair
- Air Secukupnya

Bahan Add On:

- Sedikit Mentega
- Kepingan Keju Cheddar

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan mentega kedalam pan dan biarkannya cair.
4. Tuang adunan ke dalam pan dan bakar hingga masak.
5. Pusingkan lempeng dan susun potongan keju diatasnya.
6. Tutup pan dan masak dengan api perlahan supaya keju cair.
7. Ratakan keju cair menggunakan sudu disekeliling lempeng.

Kalau tak suka lempeng, jadikannya pancake. Hanya perlu masukkan setengah sudu teh baking powder kedalam adunan lempeng tadi. Atau boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri.

Resepi Lempeng Keju Nestum Cheese Pancake. Cara Buat Lempeng Malaysia Mudah Dan Ringkas. Lempeng Nestum Cheese Keju Sedap Simple Senang
Biarkan lempeng masak, terbalikkan dan susun kepingan cheese.

Resepi Lempeng Keju Nestum Cheese Pancake. Cara Buat Lempeng Malaysia Mudah Dan Ringkas. Lempeng Nestum Cheese Keju Sedap Simple Senang
Tutup pan supaya kepingan cheese mencair.

Resepi Lempeng Keju Nestum Cheese Pancake. Cara Buat Lempeng Malaysia Mudah Dan Ringkas. Lempeng Nestum Cheese Keju Sedap Simple Senang
Ratakan cheese yang telah cair menggunakan sudu.

Siap. Mudahkan adik-adik. So pasni boleh lah masak sendiri. Tapi untuk adik-adik yang dah besar lah yer, darjah empat dan keatas. Kalau kecil lagi, minta bantuan kakak yang lebih besar atau minta tolong dengan ibu.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...