Jom buat agar-agar susu versi sumi jelly untuk anak-anak. Mudah, ringkas dan sedap. Tapi kurang sikit dari segi khasiat lah sebab letak sumi jelly yang ada pengawet dan pewarna kan. Sekali-sekala ;)
Sumi jelly dalam love cup, cantik kan ;) |
Resepi asal dari Resepi Agar-Agar Susu. Buat agar-agar ni mudah, resepi yang sama ajer kita guna, lepas tu kita adjust perasa, warna, filling dan topping ikut suka :)
Bahan-Bahan;
- 1/2 Pack Agar-Agar Bertali
- 1/2 Tin Susu Cair
- 1000 ml Air
- 5 Sudu Gula (Membukit)
- Sumi Jelly
Cara-Cara;
1. Masak 500ml air bersama agar-agar sehingga mendidih dan hilang dari pandangan.
2. Masukkan susu dan gula, kacau sebati dan masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
3. Masukkan baki air 500ml, kacau sebati dan biarkan dahulu dalam periuk.
4. Masukkan sumi jelly kedalam loyang atau bekas mini yang disukai.
5. Tuang agar-agar susu kedalam loyang atau bekas mini tadi.
6. Bila dah sejuk simpan dalam fridge sebelum dimakan.
Masuk dalam cup mini bentuk love ni anak-anak suka sangat. Cantik dan senang nak makan. |
Yang ni baru keluarkan dari fridge, jemput makan ;) |
Actually kandungan gula dan susu tu, boleh tambah atau kurangkan ikut suka. Pastikan kandungan air sahaja sama. Motif didihkan air separuh sahaja pula, bila kita campur dengan air sejuk, ianya akan menjadi suam dan mengeras dengan cepat. Sebab anak-anak tak sabar nak makan termasuk ibunya ;p
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Wah hebatnya cinta bentul love
ReplyDeletehihi kannn ... isi dalam bekas cute, anak-anak berebut nak makan :)
Deleteassalamualiakum...suka sangat blog bnyak info berkaitan tempat2 nak bw anak jalan2 area putrajaya
ReplyDeletewaalaikumussalam ... kami pun suka pergi Putrajaya, dekat dengan rumah, jalan pun tak sesak :)
Deleteshare lah lagi yer kawasan yg menarik kat situ, kolam renang dan library putrajaya akan dilawati lepas ni
Deletesetiap minggu pergi Putrajaya. Tapi sekarang anak dah ramai, tak dan nak snap gambar sana-sini hihi :)
Deletewah sedap ni..simple step boleh follow ur step ni..tq for sharing dear!!
ReplyDeletesimple kannn ... sama-sama :)
DeleteSalam singgah sini BW..wahhh...menariknya tengok agar-agar sumi tu...ada masa nak try huat juga...
ReplyDeleteSalam diana ... try lah, mudah sangat, macam main masak-masak ajer :)
DeleteJgn kata budak2..JM tgk pun terliur
ReplyDeleteHihi jemput tengok JM ;)
DeleteSalam. Thx share resepi. Nk tanya pek agar2 tu berapa gram ye
ReplyDeleteSalam ... Sama-sama. Alahai tak ingat berapa gram. Yang satu pek harga RM2.00++ tu :)
DeleteSalaam sis klu guna serbuk agar² boleh take?
ReplyDelete