Pages

Sunday, January 19

Semangat Mendeco Kek. Percubaan Kedua

Selamat Malam Semua ...


Semalam dah update pasal Cara Buat Butter Cream 4S : Simple, Senang, Sihat & Sedap. Hari ni nak update gambar percubaan mendeco kek untuk kali kedua. Kek ni si kakak request untuk bawa ke tadika. Macam-macam anak zaman skang yer. Dulu BW kecik-kecik besday tak pernah sambut, tarikh pun tatau bila. Hehe, kampung sungguh kan :)


Untuk base bawah, BW guna kek coklat kukus. Butter cream pula guna perisa coklat. Klik Sini untuk resepi kek coklat. Ratakan coklat butter cream tu diatas kek. Kali ni BW buat tipis je untuk elakkan rasa muak.



Base atas pula, BW guna kek vanilla coklat rice, juga dikukus. Konon-konon nak bagi nampak cam kek lapis, tapi dua lapis aje, hehe :)


Sapukan coklat butter cream diseluruh permukaan kek, atas dan tepi, kemudian  ratakan. Coklat butter cream ni agak susah sikit nak diratakan. Ni kira dah habis rata dah ni :p


Taburkan coklat rice ditepi dan diatas kek bagi menutupi kecacatan coklat butter cream yang tak berapa nak rata tu :p


Lebihan butter cream dicampurkan pewarna pink kemudian pukul lagi dengan mixer bagi sekata. Masukkan dalam piping beg, kemudian picit disekeliling kek, bahagian bawah dan atas. Bila BW belek-belek, rasanya percubaan pertama lagi cantik dari percubaan kedua ni, over confident agaknya, ahaks ;) Klik sini untuk lihat percubaan pertama mendeco kek.


Ok dah ready untuk di bawa ke Tadika. Nak simpan fridge dulu yer. "Happy 6th Birthday to my dotter, Aqila Hanim" Lalala~~

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. Ooo.. susah juga sebenarnya nak buat toping nie yerr... berlayer-layer...
    ermm tu la pandai makan jerr... :]

    ReplyDelete
  2. less is more BW.. :) anyway.. teruskan lg usaha mendeco.. lilynn ade buat snow cheese cake.. nnt terjah blog lilynn yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm sedapnya snow cheese cake... nanti BW usha kay, bagi terliur sikit :)

      Delete
  3. neway.. slmt harilahir aqila.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat zaman saya baru belajar deco kek 3 tahun lepas. Keras tangan dan berjam-jam nak lepa kek. hehheeheh. kenangan sungguh.

      Singgahlah blog kek saya
      Dapur IbuCergas

      Delete
    2. kan. tengok video macam senang aje. bila buat tak berapa nak senang :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)