Tuesday, January 14

Percubaan Mendeco Cake Sendiri. Cantik ke Tidak?

Salam Maulidur Rasul ...

BW nak ucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua Muslimin Muslimat, especial viewers buatwanita.blogspot.com. Hari ni BW semangat update pepagi, selalu tengah hari ke malam ke baru update.

Kali ni BW nak show off cake yang BW deco. Haha, show off la sangat, macam cantik la kek tu kan. Ahaks. Normally BW buat cake tak pernah deco. Bila ada birthday ke anniversary ke beli/ order je sebab nak yang cantik. Tapi kali ni nak cuba deco sendiri. Pasni kalau jadi, tayah dah beli kedai, buat je sendiri ;)

Jom tengok percubaan mendeco kek yang pertama, untuk birtday si kakak. Deco dari seorang amatur yang belajar pun semuanya online :p Warna kegemaran kakak, pink, so kek nak pink la, kalau boleh tiap-tiap tahun nak pink, huhu.


Untuk first time ni BW guna kek coklat kukus (Resepi Kek Coklat Mudah Sukatan Cawan), deco guna butter cream. Klik sini untuk cara buat butter cream. First sekali, potong kek kepada dua, sapu dan ratakan cream ditengah, diatas & ditepi. Kepada amatur yang tak cukup tools, buatlah atas dapur yer, senang nak pusing-pusing kek time ratakan bahagian tepi :)


Taburkan coklat rice ditepi untuk tutup kecacatan cream yang tak berapa nak rata tu :p. Actually butter cream yang BW buat ni perisa vanilla, warna pun putih. Tapi bila diratakan pada kek, bercampur pula dengan kek, jadi macam ditaburkan oreo pulak. Hehe, amatur la katakan ;)


Lebihan cream, dicampur dengan pewarna pink. Masukkan dalam piping bag. Gunakan piping nozzle bentuk bintang lubangnya tu. So, mudah la untuk amatur, just picit jadi bentuk bunga. Picit cream sikit, jadi bunga kecil, picit cream banyak jadi bunga besar :) Picitkan cream sekeliling kek bahagian bawah, dan sepenuhnya diatas kek.


Taraa... ni la dia hasilnya. Just cucuk lilin dengan tag Happy Birtday. "Happy Birthday to you, Happy Birthday to my love, Happy Birtday to Aqila, Lalalala~~" ;)


Potongan terakhir :) Actually butter cream ni muak sikit. Tapi anak-anak telan je :p So kalau just nak makan kat rumah, disarankan buat deco guna cream cheese, double sedap. Butter cream ni disarankan kalau nak hantar kek ke tadika ke, buat birthday party kat luar ke, sebab butter cream tak cair. Compare dengan whipped cream atau cream cheese yang cepat cair bila kena panas atau letak luar fridge terlalu lama.

So, cantik ke tidak? My Dotter kata cantik. Ok la tu kan, boleh buat lagi untuk hantar ke tadika pulak. Tapi kalau nak jual tak laku kot. Haha :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. cantik dah tu...
    salam maulidur rasul..

    ReplyDelete
  2. yer.. cantik dah tu bw.. less is more gitu..

    ReplyDelete
  3. cantiklah sis :* pinjam nozzle sis bolehh *muka tak malu* haha 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau jiran sebelah boleh aje :p

      Delete
    2. esok saya pindah sebelah rumah sis okay haha

      Delete
  4. If xde pisau pemotong kek utk kek bahagian tengah tu cmne ek? Na potong dua pakai apaa? Tkod tersalah potong nnty senget pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak ada pisau potong kek tu guna ajer lah pisau yang ada dirumah. kalau senget tu normallah, saya pun banyak kali potong senget. tapi kita buat untuk makan sendiri, senget pun takde sape kisah, lain lh kalau nak jual :)

      kalau tak nak senget, disarankan bakar separuh dulu. bila sejuk keluarkan then bakar lagi separuh. ni kena tunggu time rajin lah, leceh sikit. bila saya buat kek untuk anak bawa ke sekolah, saya akan buat teknik ni.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...