Monday, January 13

Cara Buat Butter Cream 4S : Simple, Senang, Sihat & Sedap

Hai hai hai ...

Entri ni hanya untuk orang-orang yang suka makan kek, pernah buat kek dan nak cuba deco kek sendiri :p Kali ni BW nak share cara buat buttercream 4S :) Kenapa 4S?

Ni la bahan simple nak buat butter cream.


Simple: Bahan-bahan yang simple. Hanya perlukan 1/2 butter, 3/4 cawan gula castor, 1/4 kotak susu dutch lady (kotak kecil).

Senang: Cara nak buat sangat senang. Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul guna mixer sampai kembang. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai betul-betul kembang. Speed mixer kena laju. Ambil masa lama sikit nak kembang.

Sihat: Tak ada bahan-bahan yang kurang sihat. Bila BW google, kebanyakan resepi butter cream, ada yang letak shortening la, krimwell la, tapi BW gantikan dengan susu yang sihat.

Sedap: Sedap ni bergantung pada perisa tambahan. Kalau suka coklat, letak serbuk koko, kalau suka strawberi letak la cecair perisa strawberi. Sesedap rasa ;)

Butter cream tanpa perisa tambahan. Nampak macam kental sikit gambar ni, sebab dah kaup balikkan cream tu tanak nampak comot :p

Coklat buttercream. Sedap dan tak muak. Tapi agak susah sikit nak ratakan pada kek.

So, apa lagi, selamat mencuba yer. Jom tengok Percubaan Pertama Deco Cake Sendiri & Percubaan Kedua Yang Over Confident Hehe :p

Tools yang diperlukan untuk pendeco amatur. Tiga ni pun dah cukup :)

Nota: Susu segar atau susu kotak atau susu cair agak sukar untuk sebati dengan butter. Ianya perlu diputar dengan kelajuan maximum dan ambil masa agak lama untuk jadi krim. Kalau nak cepat, disarankan menggunakan susu / krimer pekat tin, ianya memang mudah sebati. Pastikan kurangkan gula tau. Kalau guna susu / krimer tin ni kurang sihat la butter cream kek kita tu ;)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

44 comments:

  1. Replies
    1. kena pukul guna mixer lama. speed pun laju.

      Delete
    2. Lama mne tu sis? huhu. susu xbrcampur dgn butter.

      Delete
    3. yezze.. susu susah bercampur dengan butter. makesure butter dan susu bukan baru keluar dari fridge. pukul gula dan butter sampai kembang giler, masukan susu sikit-sikit sampai butter cream jadi lembut sikit. pukul la sampai jadi ;)

      Delete
  2. Salam BW....barang yg 4segi panjang tuh apa ya...tak tau la tu untuk apa...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... sy pun tak tahu nama dia. staff kedai bakeri yang rekemen suruh beli. yang tu guna untuk ratakan krim seluruh kek, yang ni plastik keras, so senang sikit la nak ratakan krim disekeliling kek tu. yang putih ada pemegang tu untuk kaup balik kan krim time diputar, yang tu lembut, susah sikit untuk ratakan krim di sekeliling kek.

      Delete
    2. Yg lembut tu spatula,mudah nk kaup lbhn krim @bncuhan kek

      Delete
    3. tq aleeya ... spatula bunyi macam alat experiment makmal jer kan :)

      Delete
  3. Cair la pula.. Mcm mna tu sis? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ... kenapa boleh cair ni? susu tu masukkan last sekali, masukkan sikit sikit, pastu putar lagi, masukkan sampai kepekatan yang kita nak, pastikan mixer tu paling laju sekali.

      nak senang, pukul butter dan masukkan susu pekat tin (macam dalam tips bawah sekali tu) yang ni confirm tak cair :)

      jangan give up ... cuba lagi dan lagi yer.

      Delete
  4. kalau guna susu pekat nak letak bape banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurangkan gula jadi 1/2 cawan, kemudian masukkan susu pekat beberapa sudu (anggaran 3-5 sudu besar)

      Delete
    2. masukkan satu sudu susu pekat, putar dan rasa ... ulang sampai dapat tekstur dan rasa manis yang serasi dengan tekak sendiri :)

      Delete
  5. Kalau butter + ising je boleh tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, tapi cepat mengeras sikit la ... so, lepas pukul dengan mixer sampai kembang tu, cepat-cepat la piping kat kek :)

      Delete
  6. Tq BW..sy dah try buttercream yg ltak susu tu..tp xltak gula n cmpur whipped cream anchor sket..mmg sdap n sng nk deco sbb tekstur xlembik mcm slalu..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... kalau letak susu sampai manis memang tak perlu gula :)

      Delete
    2. butter cream aleeya mesti lagi sedap sebab ditambah dengan sedikit whipped cream :)

      Delete
    3. Kalau letak susu pekat dgn butter je boleh?

      Delete
    4. boleh rasanya, cubalah ... saya belum pernah cuba lagi ... tapi kalau putar cream cheese dengan susu pekat pernah lah, ok jer, kental lah juga krimnya :)

      Delete
  7. Kalau buat buttercream ni harini, tpi nak deconya esok.Jadi ada perubahan apa2 ke kat cream tu nanti?Dan tak mengeras ke kalau boh dlm petisejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk fridge semalaman jadi keras sikit la ... tak cantik nanti bila picit. better buat butter cream hari yang sama nak deco kek :)

      Delete
  8. butter tu butter yang unsalted atau butter cream?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer mana-mana, ikut suka jer ... marjerin yang dicampur butter macam buttercup pun boleh, cuma kurang sihatlah sebab marjerin kan :)

      Delete
  9. Alhamdulillah..dah try..menjadi..tq resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi ... sama-sama :)

      Delete
  10. Hai slmt ptg..nk taya ni kalau dlm cuaca panas ni.. tahan lama ke.?? Tak cair ke..??.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat petang ... butter cream lah paling sesuai untuk cuaca panas, tahan lama dan lambat cair kalau nak dibandingkan dengan whipping cream atau cream cheese :)

      Delete
  11. salam sis....1/2 butter tu maksudnye mcmne ye sukatan...sy x fhm la

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu buku butter yang bersaiz 250g tu dipotong dua. tapi ni kalau just nak deco kek saiz kecil... kalau kek saiz besar, guna lah sebuku butter dan tambahkan kuantiti gula serta susu :)

      Delete
  12. salam sis....1/2 butter tu maksudnye mcmne ye sukatan...sy x fhm la

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu buku butter yang bersaiz 250g tu dipotong dua. tapi ni kalau just nak deco kek saiz kecil... kalau kek saiz besar, guna lah sebuku butter dan tambahkan kuantiti gula serta susu :)

      Delete
  13. Assalamualaikum,sis kalau nk letak serbuk Koko berapa byk yg kena letak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... agak-agak jer, letak sesudu dua then rasa. letak lagi kalau nak rasa lebih coklat. ikut selera sendiri :)

      Delete
  14. As Salam tuan blog. saya berminat sungguh nak cuba resepi dan segalanya dari blog awak sbb nampak macam mudah sangat-sangat. izinkan saya share dan amal ilmu baking ye. terima kasih. blog jenguk blog sy jugak https://rodiahamir.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... semua resepi kat sini mudah-mudah belaka, sebab saya jenis suka masak jenis campak-campak gitew ;)

      silakan share ... sama-sama

      Delete
  15. Kalau guna gula halus boleh tak sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jer .. jangan guna gula kasar buat bancuh air tu sudah, berpeluh nak putar :p

      Delete
  16. Kalau letak gula halus boleh? Ataupun sy nak putar susu pekat dgn butter je boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... dua kali tanya yer. jawapan yang sama juga ;)

      Q: Kalau letak susu pekat
      A: Boleh rasanya, cubalah ... saya belum pernah cuba lagi ... tapi kalau putar cream cheese dengan susu pekat pernah lah, ok jer, kental lah juga krimnya :)

      Q: Kalau leta gula halus
      A: Boleh jer .. jangan guna gula kasar buat bancuh air tu sudah, berpeluh nak putar :p

      Delete
  17. Salam..sis,tq atas resipi..saya dah cuba. Sedap..nak tnya kalau gula kastor tu tukar ke gula icing blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh jer sis ... gula kastor tu gula putih yang dikisar halus. gula icing pula, dah ditambah dengan tepung jagung sikit. So, guna jer apa yang ada :)

      Delete
  18. Salam sis..
    Kalau pakai majerin dengan gula kastor boleh ke nak buat cream.?
    Sekadar nak mencuba jugak nenulis atas kek.. hihi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... boleh juga guna marjerin dan gula kastor ... cuma rasa kureng sikit lah. sekadar nak cuba deco, boleh sangat, selamat mencuba :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...