Pages

Thursday, September 18

Resepi Mudah Laksa Utara Sedap. Laksa Penang / Kedah / Perak / Perlis

Salam

Panjang kan nama resepi. Sebab bagi BW, laksa Penang ke, Kedah ke, Perak ke, Perlis ke sama jer. Bezanya hanya tambah itu dan ini. Laksa Penang ada yang letak hirisan nenas, ada yang letak paste udang. Laksa Perak kuah cair, ada mee yang dibuat dari tepung gandum, ada yang letak hirisan salad. Laksa Kedah letak belacan, ada yang makan dengan daun salom, ada yang letak sambal kelapa. Laksa Perlis ada yang letak ulam. Tapi rasa lebih kurang sama sebab bahan asas buat kuahnya sama.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Pilihan BW, laksa kuah pekat kurang pedas tanpa belacan tanpa paste udang.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
 Makan bersama salad, timun, bawang, cili padi dan telur rebus.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Bahan-Bahan;

- 1 Pack Mee Laksa Kering
- 10 Ekor Ikan Selar (Besar)
- Seikat Daun Kesom
- 1 Batang Bunga Kantan (Besar)
- 1 keping Asam Jawa
- 3 Biji Bawang Besar
- 10 Helai Cili Kering
- Garam Secukupnya
- Air Secukupnya
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Bahan Tambahan;
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
- Hirisan Salad
- Hirisan Bawang
- Hirisan Cili
- Hirisan Timun
- Hirisan Nenas
- Telur Rebus
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Cara-Cara;
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
1. Mee laksa direndam semalaman kemudian direbus sehingga lembut, tapis dan ketepikan.
2. Cili kering digunting dan dibuang bijinya, kemudian direbus sehingga kembang.
3. Bunga kantan dipotong empat, bahagian batangnya yang lembut dihiris halus.
4. Kisar cili kering yang telah direbus bersama hirisan batang bunga kantan dan bawang besar, kemudian ketepikan.
5. Ikan selar dibersihkan dan direbus sehingga masak. Tanggalkan isinya kemudian blend.
6. Didihkan air secukupnya, masukkan asam keping, isi ikan dan cili yang telah dikisar.
7. Didihkan dengan api perlahan sehingga rasa pedas cili kurang terasa, dalam 30-45 minit.
8. Masukkan garam, kacau rata kemudian bolehlah ditutup apinya.
9. Masuk mee laksa kedalam mangkuk, tuang kuah, kemudian letak semua bahan tambahan diatasnya dan bolehlah dihidangkan.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Bahan tambahan simple yang mesti ada bila BW buat laksa.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Laksa utara ni feveret encik suami. Almaklumlah dia orang utara. BW dan anak-anak suka juga. Tu yang banyak kali masak. Disebabkan banyak kali masak, nak update gambar laksa lagi ;)


 Lebihkan bunga kantan dalam kuah laksa memang kick :)

 Bahan-bahan penyeri laksa utara. Boleh tambah ulam jika suka.

Jemput tengok semua :)

Selamat Mencuba!
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Entri Berkaitan;
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Resepi mudah laksa utara sedap. laksa penang laksa kedah laksa perak laksa perlis.

4 comments:

  1. ya allah lama nyer tak makan laksa... nak buat sendiri malas... hehehe... renyah laa nak kopek ikan tu... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper.. kat kedai banyak :p memang renyah ... BW pun kalau time malas soh husband yang kopek ikan :)

      Delete
  2. Hehe...buat sendiri memang puas makan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)