Wednesday, October 15

Resepi Mee Mi Bandung Muar Ayam / Daging

Mee bandung muar sedikit berbeza dengan mi bandung di gerai-gerai masakan panas. Kuah mee bandung muar ni dicampur dengan rempah dan kacang tanah yang telah dikisar.

Mee Bandung Muar Kesukaan Suami. Anak-anak pula suka mee bandung biasa.

Bahan-Bahan;

- 1 Pack Mee Kuning
- 300g Daging (Potong Dadu)
- 1/2 Cawan Kacang Tanah (Diblend)
- 3-5 Biji Telur Ayam
- Sedikit Rempah 4 Sekawan
- 10 Tangkai Lada Kering (Diblend)
- 2 Biji Bawang Besar (Diblend)
- 2 Biji Bawang Kecil (Diblend)
- 5 Ulas Bawang Putih (Diblend)
- 1 Sudu Remph Soto Mak Siti
- 1/2 Cawan Minyak Masak 
- 3 Sudu Tepung Jagung (Dibancuh)
- 3 Sudu Gula Perang
- 1 Batang Carrot
- 1/2 Ikat Sawi
- 1 Biji Tomato (Dipotong Empat)
- Garam Secukup Rasa
- Air Secukunya.

Cara-Cara;

1. Rebus mee sehingga jadi sedikit kembang, tos dan ketepikan.
2. Kacang Tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar menjadi sedikit halus.
3. Blend lada kering bersama bawang besar, bawang kecil dan bawang putih
4. Panaskan minyak masak dan tumis Rempah 4 Sekawan sehingga wangi.
5. Masukkan cili blend dan tumis sehingga masak, sehingga warna agak gelap.
6. Masukkan daging, rempah soto mak siti, sos cili, kacang hancur dan gaul rata.
7. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan daging menjadi lembut.
8. Masukkan gula, garam dan bancuhan tepung jagung. Kacau sebati.
9. Pecahkan semua telur kedalam periuk sewaktu kuah mendidih dan tutup api.
10. Hidangkan mee bersama kuah dan bawang goreng serta daun sup.

Untuk Mee Bandung Biasa, jangan letak rempah 4 sekawan, jangan letak rempah soto mak siti dan jangan letak kacang. Bahan lain semua sama je, step pun sama.

Selamat Mencuba!

Klik Sini untuk Resepi Mee Sup Udang Sambal

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. selalu guna rempah segera jer . kali ni saya tahu mesti kena ada kacang blend baru jadi mee bandung ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tu mee bandung muar. mee bandung biasa tak ada pun kacang :)

      Delete
  2. Saya suka mee bandung. Tapi tak pernah cuba lagi mee bandung muar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la cuba, tapi rasanya berbeza :)

      Delete
  3. Errmmm tak tau kenapa idah tak berapa suka makan mee bandung dengan mee jawa... mee kari sukaaa... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe acik idah tak suka mee kuah pekat kot. kalau BW semua pun suka :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...