Monday, March 23

Resepi Mudah Mee Sup Udang Sambal Sedap

Salam ...

Sape pernah makan mee sup dengan sambal udang angkat tangan? ;) Kali ni nak kongsi resepi yang sesuai untuk semua. Sesuai untuk anak-anak dan orang dewasa yang suka makan pedas.

Nyum Nyum ~ Mee Sup bersama kangkung rebus, fish cake dan udang sambal.

Bahan-Bahan Campur;

- Mee Kuning Direbus
- Kangkung Direbus
- Fish Cake Digoreng
- Daun Sup
- Bawang Goreng

Bahan-Bahan Sup;

- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 2 Ulas Bawah Kecil (Dihiris)
- Sepotong Halia (Kecil)
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1 Sudu Perencah Sup
- Sedikit Garam
- Air Secukupnya

Bahan-Bahan Sambal Udang;

- 1/2 kg Udang
- 3 Biji Bawang Besar
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Ulas Bawang Kecil
- 20 Tangkai Cili Kering
- Minyak Masak
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula

Gaulkan semua bahan, barulah makan :)

Cara-Cara (Sup);

1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan air dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan perencah sup dan sedikit garam.

Cara-Cara (Sambal)

1. Blend lada kering bersama bawang putih, bawang kecil dan bawang besar.
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan kering.
3. Masukkan gula dan garam kemudian gaul sebati.
4. Masukkan udang dan biarkan sehingga mendidih.

Selamat Mencuba!

Mee sup udang sambal rasanya macam mee udang juga la. Cuma yang bestnya, kita boleh adjust kepedasan ikut selera, suka pedas letak banyak sambal. Anak-anak pun boleh makan juga, tak perlu letak sambal untuk diorang :)

Klik Sini untuk Resepi Mudah Laksa Sarawak

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

7 comments:

  1. assalamualaikum...
    yeap suka mkn kt penang...
    hihi...

    bak mai sikit sis bw... dap nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... eh ada gak kedai jual yer. tak pernah lagi jumpa ada kedai jual macam ni :)

      Delete
  2. Ya Allah sedapnye...tp anak sulong pulak x leh mkn pedas tp dia mmg suka udang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa kalau anak punya... basuh dulu udang... letak je dalam mee seup dia :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...