Pages

Saturday, January 17

Tempat Menarik di Selangor : The Mines Wonderland. Hanya Tinggal Kenangan

Selamat Pagi ...

Baru baru ni asyik cerita pasal i-City i-City i-City. Tetiba teringat pula dekat The Mines Wonderland, yang juga berlampu-lampu macam i-City. The Mines Wonderland ni taman tema kedua yang BW pergi. Taman tema yang first of course la Genting Highland.

Bot hiasan berlampu yang masih dalam ingatan, bot angsa :)

First time jejakkan kaki di The Mines Wonderland time darjah 6. Walaupun hanya ada beberapa keping gambar dalam album BW, tapi masih tetap dalam ingatan. Kami dari johor sampai sini pun dah petang sikit. So, tangkap gambar, masuk snow house, main beberapa game dan tunggu show. Seronok sangat, time tu kawan BW, my anak buah yang first.

Antara yang BW tak boleh lupa pasal The Mines Wonderland ni, masuk Snow House. Walaupun kesejukan melampau, tapi still main slide ice dengan my nephew, bila sejuk sangat, kami sembunyi bawah igloo cute. Pastu tangkap gambar dengan duit syiling. Yang paling ingat, kami main mini roller coaster. Cuak sangat la. Bila turun tu terus cakap dengan my kakak nak gi toilet, nak terkencing. Tapi my nephew steady je, rupanya, seluar dia dah basah da, hahaha ;p Malam pula, kami duduk dekat mini stadium tengok persembahan air pancut berirama dan perarakan bot hiasan berlampu. 

 Musical fountain memang gempak. Dekat i-City tu sikit pun tak leh nak banding dengan The Mines Wonderland. Shownya agak lama, music best, air panjutnya tinggi, pelbagai warna dan gerakan. Memang syok la ;)

 Slide ice dalam Snow House. Tapi time kami datang tu slidenya pendek je, ala-ala slide playground tu, yang ni maybe dah upgrade.

Ingat lagi taman syiling ni. Me and my nephew peluk-peluk duit syiling nak bergambar.

Tapi semuanya hanya tinggal kenangan. Kami pergi tahun 1995, kini dah 2015, 20 tahun sudah. So, nak review sebagai kenangan dihari tua nanti ;) Jom tengok apa dah jadi ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Nampak tak atap separa bulat tu? Rasanya tu mini stadium untuk tengok show bot hiasan berlampu dan musical fountain. Sedihnya :(

 Tu air pancut kat pintu masuk The Mines Wonderland.

 Sow House yang kini dah jadi Forest House.

Mini Zoo yang terbiar. Tapi dalam ingatan BW, tak ada pula haiwan bagai. Sama ada kami tak pergi pusing sini sebab dah petang, atau memang totally lupa :)

Empat gambar kenangan yang diatas tu diambil dari sumber pelbagai yang di google kan. Manakala empat gambar terkini tu diambil dari blog Acik 515. Credit to all.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


18 comments:

  1. dulu memang Mines Wonderland terkenal...tak sangka jadi macamni...sedihnya...T T

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... selalu tengok pintu masuk dia yang tak terbiar bila pergi the mines shopping mall

      Delete
  2. Assalamualaikum...
    sis... mmg se best itu ke mines tu dulu...
    haha pernah singgah ms form 2 kot.. tp rombongan skolah... singgah tgk boat dr jauh jer...

    P/s: sis u re born in 83 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...

      memang best la. maybe sbb time tu darjah 6 kot, tu yg excited lebih :)

      p/s: yezze.. betul. 6 bulan lagi umur cecah 23. eh 32 :p.. uwaaa terasa cam muka dah kendur sikit :p

      Delete
  3. Snow tu dlm mines ke sis..sy selalu pergi masa uni start 2001..tp time tu mcm dh xde je.mcm sis cite kt atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mines ada dua tau.. mines wonderland ke mines shopping mall yang dimaksudkan? gambar atas tu snow house dalam mines wonderland :)

      Delete
  4. x sangka kita sebaya yer...hehe...semakin tua semakin banyak dugaan hidup kan...johor kat mana bw..yan batu pahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama eh :) johor kampung di kota tinggi. tapi sejak sek men bila cuti balik pasir gudang :p

      Delete
  5. wowww. cnteknyaaa... ruginya skg da jd kenangan. kalo x mmg nak pegi.. hehehe

    oh akak org kota tinggi ek.. kite org pontian. hehehe mympuk pulak :p

    kite tag akak kt sini. nanti join ye :)
    http://loveneddy.blogspot.com/2015/01/my-birthday-giveaway-by-dr-shikin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik la dulu dulu :) erm.. nanti join kay

      Delete
  6. owh.. (saya tak tau apa2.. x pesampai lagi kat situ)

    ReplyDelete
  7. Wardah pernah pergi jugak. masa kecik2 tahun 5 ke 6 macam tu.. duk dalam snohouse dia yang sejukkk.. naik roller coaster yang mencuakkan. bestlaa. Ingatkan ade lagiii.. dah jdi semak samun dah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu la... dah lama dah tak ada. selalu tengok pintu masuk dia je dari mines shopping mall, memang dah terbiar

      Delete
  8. dulu mesti lg best dr skrg. nina xsempat pegi la. rasanya genting lg best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak compare mines wonderland lagi syok dari genting, tapi dulu-dulu la. sekarang ni confirm la genting paling best :)

      Delete
  9. Dulu pun sy prnh pergi rombongan ke mines wonderland ni.. Ada snow house.. Best sgt.rupanya da xde ye

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)