Tuesday, January 13

Tempat Menarik di Selangor : Jalan-Jalan Di i-City Shah Alam 2015

Salam ...

Last time pernah cerita dah pasal i-City Shah Alam, Klik Sini. Kali ni cerita lagi. i-City ni kalau kita pergi setahun sekali memang akan nampak banyak perubahan dan penambahan dari segi deco serta permainan.

 Snowman island. Dikelilingi air berlampu & pintu gerbang air.


Walaupun dah berkali-kali datang, tapi still ada banyak tempat nak selfie tau. Banyak sangat deco yang baru untuk kite pose sana sini. Dan banyak juga permainan baru yang boleh dicuba, kalau banyak fulusnya la ;) Game kat sini kebanyakannya RM5 dan RM10. Kalau fulus tak berapa nak ada, cuba satu dua, cuci mata sambil selfie selfie dah cukup dah ;)


 Bila nampak patung haiwan ni, excited si abang kecik tu nak join 'we'fie ;p

 Tarikan terkini i-City, air pancut berirama. Anak-anak seronok sangat tengok.

 Bila nampak patung comel ni, si kakak dan adik terus naik dan pose ;)

 Ais krim kon yang terbalik di Wow Street. Ni dekat laluan nak ke bahagian sebelahnya. Dulu kosong je, kali ni dah jadi menarik dan tertarik.

Lagi - lagi ais krim di Wow Street. Yang ni giant ais krim. Suka sangat makan ais krim, gini la jadinya.

Time kami pergi, lupa nak cas bateri camera. Dok asyik capture video air pancut berirama, tup tup bateri habis. Guna camera handphone si ayah pula, pastu guna handphone ibu lak. Kerja ber'selfie' ajer my dotter dua orang ni. Pantang nampak cantik, semua nak suruh tangkap gambar ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. beraninya anak2 dok dekat singa..hehe...masih mood curi sekolah yer kk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. tu la. cerita cuti yang tertinggal ni namanya :)

      Delete
  2. Replies
    1. erm.. memang cantik. tapi kami panggil air pancut :)

      Delete
  3. kat sini dh byk tempat best tetapi x best nye setiap entrance di kenakan bayaran huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kan. untuk org yg banyak duit aje kalau nak try semua. kalau duit tak berapa nak banyak tapi nak main semua better gi genting ;)

      Delete
  4. Kalau dekat boleh dah bawa anak-anak pi jalan ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu la kan... kami yg tak berapa nak jauh ni, setahun sekali je pergi :p

      Delete
  5. kena pegi tiap2 tahun la mcm tu.. hehhe. bajet setip tahun main 2 games je. boleh gitu
    kalau bab selfie harus la suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze... kami setahun sekali pergi. main pun satu dua game. yang best tu tiap-tiap tahun macam lain je deco dia :) kalau kerap pergi jadi bosan lak :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...