Saturday, October 24

Resepi Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan

Salam ...

Apa menu minum petang untuk hari ni? Ke korang jalan-jalan. Sejak jerebu ni dah lama dah BW tak jalan-jalan sebab ada anak kecil kan, macam tak sesuai nak keluar time jerebu. Kalau korang pun tak keluar juga, bolehlah buat puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap ni untuk minum petang bersama keluarga ;)
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
Puff manis yang gebu, wangi, lembut dan sedap :)
cara buat cream puff gebu sedap
Semalam dah share resepi roti bun manis, Klik Sini. Hari ni share resepi puff manis pula. Semua yang manis-manis ajer kan :p Resepi puff manis ni untuk 80 biji puff bersaiz mini.
cara buat cream puff gebu sedap
Bahan-Bahan;
cara buat cream puff gebu sedap
- 2 Cawan Tepung Gandum
- 2 Cawan Air Tapis
- 1/2 Biji Buttercup
- 1/2 Cawan Minyak
- 3/4 Cawan Gula
- 4 Biji Telur (Gred A)
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
cara buat cream puff gebu sedap
Cara-Cara;
cara buat cream puff gebu sedap
1. Buttercup dipotong dadu dan dimasukkan kedalam periuk bersama air.
2. Masukkan minyak jagung / masak kedalamnya dan masak hingga didih sebati.
3. Masukkan gula kacau hingga sebati kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
4. Pastikan tepung menjadi doh lembut seperti gambar dan biarkan sejuk seketika.
5. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bekas lain dan pukul hingga kembang.
6. Masukkan doh yang telah sejuk dan pukul lagi guna mixer hingga sebati.
7. Adunan akan menjadi seperti adunan kek, masukkan kedalam piping bag.
8. Picit piping bag tu diatas loyang yang telah digris. Picit saiz mini sahaja.
9. Bakar pada suhu 190 celcius selama 20-25 minit sehingga garing.
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
1. Panaskan air, minyak dan buttercup.
2. Masak hingga mendidih dan sebati.
3. Masukkan gula dan tepung gandum.
4. Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
1. Masukkan telur dan esen vanilla kedalam bekas.
2. Pukul menggunakan mixer hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan doh yang telah disejukkan.
4. Putar lagi hingga jadi seperti adunan kek.
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
Masukkan dalam piping bag dan picit kedalam loyang yang digris.
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
Bakar sehingga garing atas dan bawah.
cara buat cream puff gebu sedap
Resepi Mudah Puff Manis Gebu Sedap Sukatan Cawan. Cara Buat Cream Puff Senang.
Jemput minum petang semua. Garing diluar lembut didalam :)
cara buat cream puff gebu sedap
Kalau korang nak buat cream puff kenalah buat besar sikit supaya boleh dibelah dua dan dimasukkan cream kastard didalamnya. Dan juga kurangkan kandungan gula serta tambahkan sediking baking powder dalam bancuhan telur. Bakar pula pada suhu 180 celcius selama 30 minit supaya tidak garing.
cara buat cream puff gebu sedap
Selamat Mencuba!
cara buat cream puff gebu sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara buat cream puff gebu sedap

36 comments:

  1. Asalam..rajin ya masak biskut..pasti sedap..tahnia. Terima kasih resipi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... anak-anak rajin makan, ibunya rajinlah masak :) ... sama-sama

      Delete
  2. Zie Has tahu tak...dek kerana rajin baca blog ni penuh dgn masakan mudah..siang tadi terus pegi survey oven RM139 jenama pensonic....belum beli sbb risau jenama tu cam x berapa ok...apa pendapat Zie Has

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... kat rumah ni pensonic kecil tu la JM. beli time mula kawin, 9 tahun lepas, time tu seratus je kot, sampai sekarang ok lagi ;)

      Delete
    2. hahhahaha ya betui.. mummy pun baru dok survey oven semalam gara2 asyik baca resepi Zie ni.. ni dok congak-congak nak beli ker idak..hehhehehe :D

      Delete
    3. hehe beli mummy ... boleh la bakar puff pastry ready made, senang je kan :)

      Delete
  3. cream puff!!! kawan kat opis selalu buat....bila mkn...huemm sedap nya...terus rasa nk buat sendiri bila baca entri ni terus rasa nk buat....tgk lah esok g survey oven lagi hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan kalau letak cream kastard, jadi cream puff ... tapi ni nak bagi anak makan, malas letak cream, nanti habis comot rumah :p

      apa tunggu lagi JM, beli la oven tu, pensonic pun ok la, kita bukan mat saleh baking sehari 2-3 kali kan ;)

      Delete
    2. tapi serius, memang terror masak sungguh Zie ni... especially kek , biskut2 ni.. bagi mummy ianya renyah.. hehhehee tapi tgk Zie buattt ehh senangnya.. :D

      Delete
    3. masak yang senang simple jer mummy ... senang ajer nak buat semua tu, yang renyah bila nak mencuci dan mengemas :)

      Delete
  4. tgk jari dan tangan Zie Has dah tahu pandai dan rajin masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha memandai jer JM ni kan ... ingatkan JM nak cakap tangan montel ke apa kan hehe :p

      Delete
  5. Cream puff makan dengan buah strawbery mesti sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya kan ... makan dengan strawberi dan fresh cream, yummy :)

      Delete
  6. pagi-pagi baca blog ini menyebabkan saya teruja untuk makan dah!

    ReplyDelete
  7. BW... reti buat roti potato mcm yg ada kt kedai bakery tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti potato tu sama macam buat roti lain ajer huda ... cuma kena masukkan kentang rebus yang dilenyek dalam tepung sebelum masukkan air :)

      Delete
  8. utg anak - anak zie . tiap hari mkn sedap ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung juga dapat anak-anak yang kuat makan ni ... semangat nak ke dapur sentiasa datang :)

      Delete
  9. Suka sangat makan tapi Zumal beli je ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe beli lagi senang kan zumal ... cumanya jarang peniaga jual sikit-sikit, biasa diorang jual sekotak terus :)

      Delete
  10. sy mmg suka mkn tp fail bla buat cream kastard... x sesedap yg dijual kat bakery ;-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. coba lagi, kipidap dongibap ... cream kastard tu last sekali kena masukkan butter atau buttercup, kalau masuk marjerin sajer kurang sedap :)

      Delete
  11. p/s kat tmpt sy dipanggil dadih kuih koci tp kt tempat lain sy x tau ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ok ... kalau dengar dadih jer teringat dadih dalam cup ajer ;)

      Delete
  12. Sedapnya.. Comel je semuanya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengaja buat comel kecil biar cepat garing ... nanti tak comot anak-anak makan :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...