Hari ni BW nak share tips dan cara kembangkan doh dalam masa cepat, 30 minit sahaja. Kalau kita kembangkan doh pada suhu bilik, ambil masa sejam ke dua jam tau untuk doh mengembang jadi dua kali ganda. Untuk mereka-mereka yang tak sabar tunggu doh kembang macam BW, tips dan teknik ni sangat sesuai digunakan ;)
cara cepat kembangkan doh roti pau
Doh kembang dalam masa 30 minit sahaja guna teknik ni :) |
Sebelum ni BW pernah share tips dan cara kembangan doh dalam masa 30 minit menggunakan periuk kukus, Klik Sini. Biasa kalau nak buat pau, BW akan kembangkan doh guna periuk kukus. Tapi kalau buat roti yang jenis bakar, BW akan kembangkan doh menggunakan oven, so tak perlu dah la nak basuh periuk kukus kan, dah alang-alang keluarkan oven :)
cara cepat kembangkan doh roti pau
Teknik kembangkan doh menggunakan oven lebih mudah. Doh yang telah diuli dimasukkan dalam oven, macam dalam gambar. Abaikan oven BW yang tak cantik tu yer, dah 9 tahun guna oven ni tau, masih elok lagi ;)
cara cepat kembangkan doh roti pau
Masukkan doh yang telah siap diuli kedalam oven. |
Setkan pada suhu yang paling minimum, macam oven BW suhu minimun 70 celcius. So, BW set pada 70 celcius dan on kan selama 5 minit. Lepas tu off kan suiz oven dan biarkan selama 25-30 minit, biarkan sehingga doh kembang dua kali ganda. Lepas tu dah boleh bentukkan doh ikut suka :)
cara cepat kembangkan doh roti pau
On kan pada suhu minimum, 70 celcius selama 5 minit. |
Biarkan selama 25-30 minit, sehingga doh kembang jadi double. |
Sebelum dan selepas. |
Yang ni pula teknik kembangkan doh guna periuk kukus. Klik Sini untuk tips penuh dan tutorial bergambar. |
Selamat Mencuba!
cara cepat kembangkan doh roti pau
Entri Berkaitan;
cara cepat kembangkan doh roti pau
1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard
cara cepat kembangkan doh roti pau
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)cara cepat kembangkan doh roti pau
tips yg menarik ... boleh la cuba ...
ReplyDeletetips untuk orang yang tak sabar tunggu doh kembang ;) ... nanti cuba kay
Deletekaknoor pun boleh cuba nnt Zie tunggu mood meroti dtg thanks ya tips nya
ReplyDeletecuba kak noor, cepat jer doh kembang doh ikut cara ni ... kalau kak noor yang buat roti gerenti cantik gebu kan ... sama-sama :)
Deletewah....sedap tu..teman pandai makan je..
ReplyDeletebaru tengok gambar doh dah nampak sedap? hehe :p ... biasalah, orang lelaki order je kan :)
Deletewow gebu gebas... ! i Like!
ReplyDeletekannn kembang semangkuk doh tu :)
DeleteWah, perkongsian yang sangat berguna nie. Terima kasih BW ^-^
ReplyDeleteSalam singgah pagi sis....wahh...diana baru tau ni sis....klu ada kerajinan meroti nak cuba juga cara sis ni....hihi
ReplyDeletesalam diana ... cuba nanti kay, cepat sikit doh kembang, takde lah tertunggu tunggu kan :)
Deleteooo br tau...so pau jd lbh gebu ke?
ReplyDeleteni bukan teknik gebukan doh ... ni teknik kembangkan doh dalam masa singkat :)
Deleteehh..Zie guna oven pensonic eh..dh lama ke beli..ok tak? ritu ada sruvey RM139 mcm nk beli buat kawan ck beli faber
ReplyDeleteyups guna pensonic ... beli time mula-mula kahwin sebab murah dari yang lain ... tak sangka tahan sampai 9 tahun dah ni :)
DeleteFuhhhh 9 tahun dah kawen...
DeleteHappy aniversary bw... hihihi
erm ... kawin awal punya pasal, orang lain banyak pengalaman travel, ni banyak pengalaman bersalin ajer. hahaha.
Deletetq huda ... lagi 2 minggu lagi anniversary kami :)
Eh jgn ckp mcm tu...
DeleteRamai yg single tu nk kawen nk buat apa u buat...
Sian kt kiteorg... dh x de asben xde anak... apa lg nk buat... berjalan lah ;-).
Tiap kita ada bahagian masing2.
Nnnt anak2 bw dh bsr... suh sorang study europe. Sorang study mesir. Sorang study ostrolia. Sorang study mekah... haaaa merata BW berjln nnt...
Kami ni.... hmmm okay sambung nanges bucu katil smula... huhuhuhu...
hehe ... manusia kan huda, tengok orang lain travel teringin ... orang lain pula tengok kita dah kawin teringin ;)
Deleteyer la, rezeki kita berbeza ... yang dah kawin rezekinya anak, yang bujang rezekinya travel
anak kecil lagi ni huda, belum plan sampai tahap uni lagi :p
takmoh nanges-nanges, bila jodoh dah sampai nanti adalah kan, sekarang ni enjoy travel dulu kay :)
Baru tahu ada teknik mudah macam ni.. Thanks for sharing..
ReplyDeletemudah kan, cepat jer kembang, 30 minit jer ... sama-sama :)
Deletedoh mengembang dgn jayanya.. hahaha
ReplyDeleteyezze ... mengembang jayanya dalam masa 30 minit ajer :)
DeleteOk try
ReplyDeleteselamat mencuba :)
DeleteSalam sis nak guna api atas bawah ke
ReplyDeleteKlo buat roti. Lepas timbang and rounding terus masuk dlm oven pun leh gak kan. Klo masuk doh dulu. Dh kembang br rounding. Doh nk kena kembangkan lg ke
ReplyDelete