Sunday, January 24

Resepi Biskut Milo Rama-Rama Simple Dan Rangup

Salam ...

Ni request dari anak-anak, nak biskut bentuk rama-rama. Bila dah tak raya, tak ada lah bahan baking sangat kat rumah. Yang ada hanyalah milo, pun boleh lah kan buat biskut milo :)

Resepi Biskut Milo Rama-Rama Simple Dan Rangup. Cara Buat Biskut Milo Sedap Rangup Best. Biskut Raya Simple Senang Mudah Sedap Rangup
Biskut milo rama-rama :)

Actually kat rumah tak ada pun acuan biskut rama-rama. BW just guna acuan play-doh anak-anak ajer. Asal boleh jer lah kan. Just pastikan dibasuh bersih sebelum guna :)

Masih menggunakan resepi yang sama, resepi yang BW dah guna almost 10 tahun setelah try and error. Klik Sini untuk resepi penuh doh asas biskut.

Bahan-Bahan; 

- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 3 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Jagung
- 1/2 Cawan Milo
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur (Optional)

Cara-Cara;

1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)
2. Masukkan telur, dan pukul lagi hingga kembang dan sebati (Skip step yang ni jika tidak mahu telur).
3. Masukkan esen vanilla, semua tepung termasuk oat/ nestum / cornflakes dan baking powder. Pukul lagi hingga sebati. Pukul dengan perlahan. Tinggalkan sedikit tepung gandum untuk masukkan last sekali sambil uli dgn tangan, supaya kita boleh kurangkan bila adunan dah jadi doh.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Masukkan milo dan uli lagi seketika. Biarkan ianya menjadi doh yang bercorak dan berpeta.
6. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan rama-rama.
7. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.

Nota: Buttercup adalah sejenis marjerin yang ditambah butter. Kalau budget lebih, seelok-eloknya guna 100% butter. Nak guna marjerin sahaja pun boleh, cuma rasa biskut kurang sedap. Boleh juga buat campuran sendiri marjerin 200g dan butter 50g.

Resepi Biskut Milo Rama-Rama Simple Dan Rangup. Cara Buat Biskut Milo Sedap Rangup Best. Biskut Raya Simple Senang Mudah Sedap Rangup
Leperkan doh dan tekap menggunakan acuan rama-rama.

Resepi Biskut Milo Rama-Rama Simple Dan Rangup. Cara Buat Biskut Milo Sedap Rangup Best. Biskut Raya Simple Senang Mudah Sedap Rangup
Sebelum dan selepas dibakar.
biskut milo sedap rangup
Time bakar bau tersangatlah wangi, bau dari milo lah kot. Anak-anak pun berebut makan walaupun biskut simple ajer. Bolehlah buat biskut milo ni untuk hari raya nanti ;)
biskut milo sedap rangup
Selamat Mencuba!
biskut milo sedap rangup
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
biskut milo sedap rangup

14 comments:

  1. sedapnya, anak2 pasti suka sbb rasa Milo yang enak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu memang berebut diorang makan sebab ada rasa milo :)

      Delete
  2. Salam singgah sini zie....menarik lah zie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... menarik sebab bentuk rama-rama kan :)

      Delete
  3. Rasa pun mesti sedap ni zie sebab ada milo tu....hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. milo memang sedap lah kan masak apa pun :)

      Delete
  4. untung lah dapat ibu yg rajin masak ni...request je nak makan ape...taraaa! siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila mood ibunya rajin memang taraa siap ... bila moody, mau kena marah order itu ini hahaha :p

      Delete
  5. lawanya biskut ni.. hehee
    belum raya dh buat. mesti nk buat utk raya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa kan rama-rama ... nanti nak raya buat lagi :)

      Delete
  6. Yg nestum oat confleks semua tu option kn sbb dlm list bahan2 xde pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups option ... nak letak boleh tak nak pun tak pe ... kalau letak, contohnya letak secawan nestum, so tepung gandum kurangkan secawan juga :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...