Hari ini nak share resepi mudah brown sauce. Dari brown sauce kita adjust dia jadikannya mushroom sauce dan black pepper sauce. Mudah sangat resepi ni, hanya menggunakan campuran sos-sos ready made ajer :)
Brown sauce yang simple dan senang dimasak. |
Resepi brown sauce ni BW follow dari rancangan Dapur Bujang Western @ HyppInspirasi. Cuma untuk mushroom sauce dan black pepper sauce, BW memandai add on. Kuantiti bahan-bahan pun ikut suka ajer sebenarnya, tak la follow exactly sebab tak hafal pun kan time tengok TV. Ok lah, jom kita masak brown sos, sos cendawan dan sos lada hitam :)
Bahan-Bahan;
- 1/4 Butter (Saiz 250g)
- 1/2 Biji Bawang Holland
- 2 Sudu Tepung Jagung
- 4 Sudu Sos Tiram
- 4 Sudu Sos Cili
- 4 Sudu Sos Tomato
- 1 Sudu Kicap Manis
- Sedikit Black Pepper
- 2 Cawan Air
- 1 Kiub Ayam
- Sedikit Garam
Bahan Tambahan;
- Cendawan Tin
- Serbuk Lada Hitam
Cara-Cara;
1. Cairkan butter dan tumis hirisan bawang holland hingga wangi.
2. Masukkan tepung jagung, tumis seketika kemudian masukkan air.
3. Masukkan kiub ayam dan semua sos, kacau sebati hingga mendidih.
4. Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Sos Cendawan: Masukkan hirisan cendawan butang. Boleh gunakan cendawan butang fresh atau pun cendawan dalam tin sahaja.
Sos Lada Hitam: Tambahkan lagi kicap didalamnya supaya lebih pekat warnyanya dan tambahkan serbuk lada hitam lebih banyak, biar terasa kick lada hitam tu.
Langkah-langkah mudah nak masak brown sauce. |
Tambahkan extra kicap dan serbuk lada hitam untuk jadikannya black pepper sauce. Tambahkan pula hirisan cendawan butang untuk jadikannya mushroom sauce. |
Dari brown sauce menjadi sos cendawan / mushroom sauce ;) |
Sebelum ni BW buat sos black pepper menggunakan sos black pepper yang beli siap di pasaraya dan adjust sedikit, Klik Sini dan Klik Sini. Kali ni, buat black pepper sauce dari brown sauce pula.
Mudahkan? Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Sungguh mudah dan nampak sangat lazat...nyum..nyum..nyum..
ReplyDeletemudah kan sue ... cuma guna butter dan campuran sos ajer :)
DeleteOooit... besar nya cendawan tu.
ReplyDeleteke faktor photography?
agak besar cendawan butang tu sebab guna yang dalam tin, mengembang agaknya bila kena rendam (memandai jer kan)
Deletemaybe sebab mangkuk tu yang kecil agaknya, cendawan nampak besar :)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry ... Link not allowed! Tq
Deleteboleh la try nanti.. guna cendawan kecik2 :)
ReplyDeletecubalah nina ... eh chop, macam mana nak pilih cendawan dalam tin yang saiz kecil yer? selalu asyik dapat yang besar-besar ajer :)
Deleteyeke.. sbb guna brand cendawan kebanyakan lain2 saiznya. nina selalu guna ayam brand BW. masak pun sedap bila potong nipis2
Deleteoh cendawan ayam brand saiz kecil eh ... belum pernah beli yang ayam brand, cap ayam selalu hehe
Deletetgk cendawan tu je da terliurrrr
ReplyDeletenyummm ... jemput tengok anies :)
Delete