Tuesday, March 8

Resepi Lempeng Pisang Simple Sedap Senang

Salam ...

Resepi lempeng pisang untuk adik-adik. Menggunakan bahan-bahan simple, penyedian yang sangat senang dan sedap dimakan :)

Lempeng pisang dengan krimer pekat dan milo. Yummy :)~

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Gandum
- 4 Biji Pisang Lenyek
- 4 Sudu Besar Gula
- 4 Scoop Susu Tepung
- 2 Sudu Butter Cair
- Air Secukupnya

Topping;

- Milo
- Krimer Pekat
- Coklat Rice
- Hirisan Pisang

Cara-Cara;

1. Ambil pisang, buang kulit dan lenyekkan hingga hancur.
2. Masukkan pisang lenyek kedalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepng, gula, susu dan butter cair, kacau rata.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau sebati.
5. Kacau sehingga menjadi seperti adunan cucur.
6. Panaskan pan dan tuang adunan lempeng.
7. Terbalikkannya setelah 2-3 minit.
8. Hidangkan bersama topping.

Bila adunan lempeng nampak seperti nak kering, terbalikkannya.

Letakkan hirisan pisang, tuang krimer pekat
kemudian taburkan milo dan coklat rice.

Untuk lempeng pisang ni kita tak akan dapat bentuk bulat rata setiap sisi seperti buat pancake atau lempeng plain. Sebab didalamnya ada pisang yang dilenyek, so agak susah nak dapatkan bentuk bulat yang cantik.

Selamat Mencuba!

Klik Sini untuk resepi penuh pancake.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

17 comments:

  1. sedapnye, anak-anak memang peminat pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan anak saya sue ... suka sangat makan pisang :)

      Delete
  2. hadoiii simple tapi nampak mengujakan la..

    ReplyDelete
  3. hadoiii sedap sungguh kalo dpat ngap tgh2 diet ni..huaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy diet ke? slim dah tu mummy, diet apa lagi :)

      Delete
  4. Time cheat day nanti mummy nak buat jugaklahh... yum yum

    ReplyDelete
  5. senangkan nk buat.. sedap nampak.
    nanti nina sambung boom hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lempeng memang senang sangat nak buat :)

      Delete
    2. kt rumah buat guna oat.. memang ranggup. tp kna makan panas2 dh sejuk xbest

      Delete
    3. tambah oat lebih sihat dan sedap ... kalau dah sejuk memang tak best, rasa macam kuih tepung lembik ajer :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...