Wednesday, March 9

Resepi Udang Masak Paprik Campak-Campak

Salam ...

Menu campak-campak untuk adik-adik. Resepi udang masak paprik. Actually sama ajer macam masak resepi Lala Masak Paprik, Klik Sini. Cuma gantikan lala dengan udang sahaja :)

Udang masak paprik.

Resepi dibawah ni untuk dua orang makan sahaja. Ataupun sekadar lauk tambahan sahaja. Kalau makan ramai-ramai memang tak cukup :)

Bahan-Bahan;

- 1/4 Kg Udang Sederhana
- 1 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Sudu Besar Sos Tomato
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 1 Sudu Besar Kicap
- 1/2 Biji Bawang Holand (Dihiris)
- 1 Batang Serai Diketuk
- 1 Sudu Besar Minyak Masak
- 5 Tangkai Cili Merah
- 5 Helai Daun Limau
- 1 Biji Limau Kasturi
- Air Secukupnya
- Garam Secukup Rasa

Cara-Cara;

1. Udang dibersihkan dan direndam air asam untuk hilangkan hanyir.
2. Panaskan minyak masak dan tumis cili bawang blend hingga naik bau.
3. Masukkan serai, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap kedalamnya.
4. Masukkan hirisan bawang holand dan udang yang ditos, kacau rata.
5. Masukkan daun limau, cili merah dan perahkan limau kasturi didalamnya.
6. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa, kacau sebati kesemuanya.
7. Masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat.

Masak campak-campak ajer, siap :)

Selamat Mencuba!

Bagi  penggemar masak lemak pula, boleh Klik Sini untuk resepi Udang & Ketam Masak Lemak.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita) 

16 comments:

  1. Sedap ni makan dengan nasi panas. Dapat udang fresh lagi syok rasa manis2 pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat udang fresh, memang syok lah, kena beli banyak-banyak kan :)

      ni udang kat pasaraya ajer, tak fresh pun

      Delete
  2. baru semalam buat padprik sayur campur ... nyam nyam ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paprik sayur campur? belum pernah cuba lagi ... nanti nak try juga lah :)

      Delete
  3. Errr apsal nmpk mcm udang masak merah?
    Paprik bukan ada mcm kicap2 sket n bnyk sayur ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni paprik kurang kicap versi campak-campak takde sayur punya huda ... yang penting ada rasa paprik ;)

      Delete
    2. "Paprik" tu rasa dia apa sbnr nya?

      Sbb letak daun limau ke?

      Saya x blh nk dpt define rasa paprik tu sbb lain tmpt lain rasanya...

      Mcm tom yam dh ada "rasa" nya.
      rendang pun... kari etc...

      Paprik ni mmg x blh nk define...

      Delete
    3. yer betul sebab masukkan daun limau jadilah rasa paprik ..... kalau tak ada daun limau, rasa macam masak sambal letak sos ajer ;)

      cer huda try masak campak itu ini, then rasa ... lepas tu campak daun limau pula, terus rasanya jadi berbeza.

      Delete
  4. lama xbeli udang.. hehee
    main campak2 yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak dengan confident, campak-campak ajer hehehe ;p

      Delete
    2. nasib baik main campak2 pun nampk sedap. haha

      Delete
    3. nama pun udang nina, masak apa pun sure sedap :)

      Delete
  5. arrghhhhhh kecuqqq da niiii da laa tgh poseeee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...