Showing posts with label Brunei. Show all posts
Showing posts with label Brunei. Show all posts

Friday, March 21

Tempat Menarik & Best di Brunei : Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga.

Salam Semua ...

Sebelum cerita panjang BW nak inform la, entri kali ni sekadar catatan simpanan untuk diri sendiri dan family. Melancong ke Brunei ni lama dah pergi hujung tahun 2008, time tu baru anak sorang. Kami pergi berlima, BW, hubby, mak, my dotter dan abang.

Kenapa Brunei? Actually pergi Brunei ni my brother punya plan, dia nak bawa arwah mak jalan-jalan, time pergi tu umurnya, 70 tahun. BW anak bongsu, beza 45 tahun dengan mak, subur kot 45 tahun boleh dapat baby lagi, ahaks ;) So, disebabkan my brother belum kawin lagi, dia offer la siapa yang nak ikut. Tapi BW je yang follow. Trip to Brunei, fully sponsored by my brother, wee ;)

Kami ke Brunei menaiki MAS Airline. Setibanya kami di airport, ada pemandu pelancong datang pickup kami menaiki van terus ke Brunei Hotel. Tu la tempat penginapan kami. Semuanya telah di arrange oleh my brother melalui agen online.

http://buatwanita.blogspot.com/2014/03/brunei-hotel-bandar-seri-begawan-bsb.html

Thursday, March 20

Tempat Menarik di Brunei : Masjid & Istana Darussalam

Salam Semua ...

Entri terakhir sambungan "Melancong ke Brunei Bersama Keluarga" Walaupun ada yang dah bosan, post juga entri ni untuk kenangan di hari tua kami, juga untuk mereka-mereka yang tengah survey pasal Brunei :)

Masjid Brunei Darussalam kubahnya disalut cat emas. Bak kata pemandu pelancong yang bawa kami ni, emas original. Masjid Brunei ni memang terselah kemewahannya, dari segi tile nya pun memang nampak mahal la. Walaupun saiz nya tak sebesar Masjid Kuala Lumpur, tapi kita akan terpengun dengan kemewahan senibinanya, siling pun nampak mewah tau :) Tapi time kami datang tak dibenarkan ambil gambar bahagian dalam. So tak banyak la gambar untuk dikongsi. Korang kena datang sini lah untuk melihat keindahan, kemewahan dan kecantikan masjid Brunei ;)

Pemandangan dari luar :)

Wednesday, March 19

Tempat Menarik di Brunei : Muzium Bandar Seri Begawan

Hai All ...

Lagi entri kenangan, sambungan "Melancong ke Brunei Bersama Keluarga" :) Kali ni kami pergi ke Muzium Brunei pula. Muzium Brunei ni agak besar sikit berbanding Muzium di Malaysia, lama juga kami pusing usha khazanah yang ada. Banyak yang dipamerkan kat Muzium Brunei ni ialah hadiah-hadiah yang diterima oleh Sultan Brunei dari negara-negara luar. Dari Malaysia banyak sangat la :) Tapi tak dibenarkan mengambil gambar kat bahagian dalam. So, ada few gambar kat main hall sahaja. Jom tengok ...


Thursday, March 13

Tempat Menarik di Brunei: Ronda-Ronda di Rumah Air

Good Night All ...

Lagi sambungan entri "Melancong ke Brunei Bersama Keluarga". Kali ni kami pergi ronda-ronda area rumah air pula, guna bot la ;p Dulu selalu bayangkan rakyat Brunei kaya raya macam sultannya. Tapi hakikatnya sama aja macam Malaysia, ada yang kaya, ada yang sederhana dan ada yang miskin juga. Yang kami tersenyum tu, bila nampak banyak juga kereta kancil kat Brunei ni. ;)

 Jeti tempat kami naik bot.

Monday, March 10

Tempat Menarik di Brunei: Tamu Kianggeh, Bandar Seri Begawan

Salam Isnin ....

Tamu maknanya pasar bagi masyarakat Brunei. Pasar kat Brunei ni walapun jual bahan-bahan dapur tapi bersih sangat. Tak sama dengan Pasar Siti Khadijah, kurang terjaga kebersihannya, pernah terserempak dengan family mat salleh ni, diorang masuk pun tak sampai 5 minit dah keluar. Lagikan pula Pasar Chowkit, punya la kotor, bukan mat salleh je tanak masuk, BW pun geli nak masuk :p

Ni entri sambungan Melancong ke Brunei Bersama Keluarga.

Pemandangan tamu kianggeh dari seberang sungai.


Friday, March 7

Hotel Murah - Brunei Hotel, Bandar Seri Begawan

Salam ...

Ni sambungan entri Melancong Ke Brunei Bersama Keluarga. Sepanjang di brunei kami menginap di Brunei Hotel. Hotel ni terletak betul-betul di BSB berdekatan dengan Sungai Brunei dan Tamu Kianggeh.

Kalau kat Malaysia hotel ni standard hotel dua ke tiga bintang kot. Tapi harganya berbintang-bintang la sebab Dollar Brunei :p Boleh tahan la hotel ni, ada cafe, breakfast pun disediakan. Saiz bilik agak kecil, tapi bilik kemas dan bersih, toilet memang bersih la, selesa sangat siap ada bath tub walaupun bukan hotel mewah :)

Gambar di capture dari Tamu Kianggeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...